Sunday, August 2, 2009

Abah Dan 52

Assalamualaikum warahmatullah

Saya mencari2 perkataan yg sesuai sebenarnya.. Hajat di hati, nak hasilkan entry khas sempena hari lahir abah yg ke-52. Tapi entahlah, tak tahu nak start dari mana..
Saya ingat lagi pada tengahari 29/7 yang lalu, umi call waktu saya sedang semi conscious kerana post-call..

“ Ja, ingat dok birthday abah hari ni??”

“ Subhanallah…macm mana bleh lupa niii,” sambil menepuk dahi.. kecewa sbenarnya pd
diri.

Umi saya hanya ketawa.


“ Ja sore jah tak wish lagi. K eli first, pastu adik, abe, n k aini.. Xpo, abah kato sebab doktor sibuk, jd dimaafkan..” Sedih pulak sy dengar.. Terbayang2 watak ‘adik’ dalam cerita pendek ‘Surat Seorang Ibu’ yang pernah sy paparkan tak lama dulu.
Nauzubillah…

Malam tu, saya call abah. Seperti biasa abah hy ketawa..

Frankly, tiada kata yg dapat mentafsirkan betapa besarnya pengorbanan abah pada kami semua. Memang tak ada..

Ketahuilah abah, ja akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak, bahawa abah seorang ayah yang baik. Terima kasih atas malam2 yang abah luangkan untuk berdoa di hadapan Allah waktu Ja susah.. Terima kasih atas kasih sayang yg tak pernah putus2 dan tiada batasan selama ini. Terima kasih juga sebab tak pernah gagal bank in duit waktu Ja tgh kering..oppsss..

Semoga hidup dan mati abah diberkati Allah saw.. Moga abah berbahagia di dunia dan di akhirat..Ameennn

No comments: