Monday, October 24, 2011

Memaknakan Kewujudan Diri



Assalamualaikum warahmatullah..

Bila dilontarkan dengan persoalan- siapa kita sebenarnya? Banyak jawapan yang boleh kita beri – hamba Allah, anak, adik, kakak, isteri, ibu, ayah, doctor, rakyat Malaysia..bla bla..and the list goes on.

Tapi sahabat, persoalan sbenarnya ialah bukan siapa kita, tapi bagaimana kita memaknakan diri dalam setiap peranan yang kita mainkan dlm kehidupan yang sementara ini..

Jika kita muhasabah balik perjalanan hidup hingga hayat yang Allah kurniakan kini, adakah cukup serius, ikhlasnya kita memainkan setiap peranan yg Allah amanahkan kepada kita setakat ini? Or sekadar memenuhi kekosongan hidup, yang kalau kita check secara teliti, terlampau banyak cela, kelemahan dan kesilapan yang kita dah buat??

Let us start with our role as a child- seorang anak yang soleh itu selalu menyenangkan hati ibu dan ayahnya. Selalu memudahkan urusan dan bukan menyusahkan. Selalu menjaga tutur kata, menggunakan tone yang sehabis lembut bila bercakap dengan insan2 mulia ini.. memanjatkan doa supaya mereka sentiasa diberi hidayah, dikasihani Allah dalam setiap perbuatan, sepertimana mereka tak pernah gagal mengasihani kita sejak kecil... kepada sahabat2 yang ibu/bapanya sudah dijemput ilahi- berapa banyak sudah amal2 yg kita lakukan untuk menjadi harta yang tak putus2 buat mereka?

“Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi anak kecil."
HR. Bukhari dan Abu Dawud.

Sebagai seorang isteri/suami- seharusnya kita bersedia menerima baik buruk, cacat dan cela pasangan yang Allah kurniakan.. berhenti merungut tentang kekurangan mereka kerana yang pasti, kita juga mempunyai kelemahan yang tak terhitung banyaknya. At times, tanpa kita sedar, kekurangan itulah sebenarnya yang melengkapkan dan menjadikan kita sempurna. Jadilah seorang yang menghormati dan menyayangi pasangan kita seadanya.. Don’t be shy to show your love. If ada salah kita, jangan malu atau ego untuk meminta maaf even anda seorang suami, kerana kita takkan sesekali miskin dengan mengungkapkan maaf, tapi for sure kita akan ‘ kaya’ hanya dengan merendah diri dan memberi maaf..insyaAllah..

“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia. Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad,” (Riwayat Bukhari)

Seorang doktor..hmm..what can I say. Before this, selalu saya ty pada diri sendiri- why, why and why saya nak jadi seorang doktor? Tapi Alhamdulillah, jawapannya semakin jelas kini. Tuntutan kerjaya ini bukan sekadar complete history taking, perfect physical examination, exact diagnosis dan bombastic management, tetapi berkali2 ganda penting dan banyak dari itu.. kepercayaan, penghormatan yang diberikan oleh masyarakat terhadap profession ini sememangnya sangat membuatkan saya terharu, terutamanya sejak bertugas di HSHK. Mulakan hari dengan niat yang betul before ke hospital- untuk berbuat baik sesame manusia dan mencari rezeki yang halal.. Sabar dengan kerenah pesakit, staf yang terkadang mendatangkan migraine dan aura marah. Senyum, sebarkan salam kepada sesiapa sahaja tanpa mengira darjat. Memudahkan urusan sesama rakan sekerja, saling tolong menolong tanpa berkira selagi mampu, kerana disitulah lahirnya keberkatan dari Allah, dan kenikmatan sebenar hasil dari team work yang cemerlang.. dan akhirnya, mendoakan kesihatan pesakit2 dan semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik dalam membuat keputusan management pesakit..

“ Seseorang itu tidak akan merasai kemanisan iman sehinggalah dia mengasihi seseorang hanya kerana Allah, sehinggalah dicampak ke dalam api lebih disukainya daripada kembali kufur selepas Allah menyelamatkannya; dan sehinggalah Allah dan Rasulnya lebih dia cintai berbanding yang lain daripada kedua-duanya.” -Hadis riwayat al-Bukhari-

Akhirnya sebagai hamba Allah...sejauh mana kita bersyukur dengan segala kenikmatan, kesenangan yang Allah kurniakan dalam kita sedar atau tidak sepanjang hayat ini?? Redhalah dengan segala ujian, musibah yang menimpa yang pastinya, ada hikmah dan kasih sayang Allah yang datang bersamanya. Sentiasa muhasabah diri, berapa banyak kita mengingati Allah dalam hembusan nafas sehari2, ketika duduk dan berdiri, yang segalanya berlaku hanya dengan izin-Nya jua.. Mematuhi suruhanNya dan menjauhi laranganNya, tanpa jemu. Saya akui, sebagai hamba yang penuh hina, sudah pasti banyak kali kita tergelincir dari melakukan peranan yang satu ini.. Tapi ingatla, masuknya kita ke dalam syurga bukan kerana diri ini suci dari dosa- kerana itu xkan berlaku, tapi kerana kita sentiasa kembali kepadanya setelah berbuat dosa, tidak putus2 memohon keampunan , menghina diri di hadapan Allah, tawadhuk dan sujud dengan penuh rendah diri dengan airmata keinsafan yang mampu mengharamkan api neraka mendekati tubuh ini...

“Dua biji mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka – iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang celik kerana berjaga-jaga ketika berjuang pada jalan Allah.” – Hadis sahih Imam Tirmizi sampai kepada Ibnu Abbas.
“Apakah kamu mengira bahawasanya Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maha tinggi Allah Raja Yang Maha benar. Tiada sesembahan -yang benar- kecuali Dia, Rabb Yang memiliki Arsy yang mulia.” (QS. al-Mu’minun: 115-116).

Secara jujurnya, saya takut nak mengulas tentang perkara ni. Rasa seperti hipokrit pun ada. Sebetulnya, banyak kelemahan saya dlm memainkan peranan2 dalam hidup. Tapi saya sedar, diri ini bukan maksum, stiasa buat silap, selalu tersalah langkah- and the most precious thing yang mengiringi all the mistakes- LESSON.. yang tak dapat tidak mesti dikongsi dengan sahabat2 yang sangat saya sayang!!

Sunday, July 17, 2011

2 tahun itu..



Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dengan kasih sayang dan belas kasihan daripada-Nya, masih saya bernafas di bumi Allah yg sementara ni..Alhamdulillah..

Hmm..sudah hampir dua tahun sebenarnya blog ni tak di’update’. Dah habis HO pun- Alhamdulillah.. Bukan tak mahu menulis sebenarnya, in fact sangat mahu, tapi ada saja halangannya.

Frankly, selalu juga saya membaca entry2 saya sebelum ni. Sebagai peringatan pada diri sendiri yg selalu lupa, yang mudah lupa. To remind myself what I used to be, what I used to feel, what I used to do.

Pejam celik, dah dua tahun saya bekerja.. Trully, sewaktu belajar dulu, saya x pernah membayangkan kehidupan seorang doctor (or lebih tepat lagi seorang HO) adalah begini gayanya.. Memang selalu diingatkan oleh senior2 ttg itu, tapi still tak dapat the true picture until we ourself face benda tu..

Di HTAA, awal2 lagi bila jumpe senior HO dari USM dulu dah dapat soalan cepumas,
“ Kenapa eh korang pilih HTAA utk buat housemanship? Korang tau kan HTAA yg 3rd most stressful housemanship practice dkt Malaysia? “

Waktu tu hanya mampu sengih saja. Tak terjawap soalan tu sampai sekarang...

Tapi, Alhamdulillah..here I am still.. still bernafas, masih cukup anggota badan. Memang saya akui, dah banyak air mata yang tumpah sebenarnya sepanjang dua tahun ni. Perasaan bangun pagi untuk ke kerja is the worst feeling ever.. Rasa tak mampu nak bayangkan apa takdir saya pada hari tu. Bukan sedikit rakan HO yang tukar profession, yang tukar hospital, yang tak muncul2 terus pun ada. Tapi Alhamdulillah, semangat, harapan, kasih sayang umi dan abah menguatkan saya. Tak mampu saya utk hampakan insan2 yang super penting ini. Kalau tumpah air mata saya, tumpah jugaklah air mata mereka.. dan saya yakin, doa untuk kekuatan saya dari mereka lebih banyak berbanding dari diri sendiri..so, how can I let this amazing people down??

REDHA.. That’s the magic word. Redha dengan takdir. Redha dengan kerja yg Allah dah takdirkan ini. In fact, kerja dah tak dinamakan beban if itu yang memang kita suka lakukan. Ikhlas dalm setiap tindak tanduk kita seharian. InsyaAllah, hati akan tenang, jiwa akan sentiasa tenteram. Letih memang tak dapat digambarkan.. dah jadi macam zombie if bekerja selama 36 hours non stop. Tambah lagi kalau selalu kena marah, maki di hadapan patient. Tapi insyaAllah, kita akan remain tenang jika sifat sabar tu sentiasa ada dalam hati. In fact, threshold sedih kena marah pun dah semakin meninggi sejak bekerja..Alhamdulillah...

Akhirnya, 2 tahun tu berlalu juga.. Saya tahu cabaran mendatang pasti lebih hebat. Tanggungjawab semakin berat. Tapi saya yakin, tidak sia-sia Allah takdirkan saya di sini. Segala perancangan Allah yang maha cantik harus sentiasa saya syukuri. Yakin, yakin dan yakin dengan qada’ dan qadar Allah.. Itulah sebenarnya kasih sayang Allah. Dan saya mahu sentiasa hidup dalam kasih dan sayang Allah. Moga Allah kuatkan saya dan sahabat2 sekalian untuk melalui sisa2 hidup ini sebelum mata ini tertutup. Semoga kita semua tetap kekal dalam kemanisan iman yang tiada tandingannya..amin..