Saturday, August 29, 2009

U-TURN PLEZZZZ!!



Assalamualaikum warahmatullah..

Lately, mimpi2 menyedihkan sering menemani tidur saya. Petang tadi, teresak sy bila bgn dari tidur.. dalam mimpi tu, hanya satu hari je lagi tinggal Ramadhan. Waktu tu sy sedang oncall, iaitu hari kedua terakhir sebelum shawal tiba. Peluang menikmati lailatulqadar dah terlepas.. Beria2 saya menangis dlm mimpi sampai terbawa ke alam realiti. Sebab kenapa? Jawapannya kerana terlalu sedikit amal yg menghiasi Ramadhan kali ni….

Hari2 yg saya lalui dlm Ramadhan kali ni rasa terlalu cepat berlalu. Badan dan minda terasa sgt letih dan lemah, mungkin sebab byk oncall tertangguh sejak awal bulan 8 lagi.. Kebanyakan masa dalam bilik hanyalah untuk tidur. Collapse yang bersambung2..
Saya tak sanggup nak biarkan perkara ni x berkesudahan. Alhamdulillah, Allah mentakdirkan mimpi ni untuk saya, utk bagi saya alarm!! Kurangkan TIDUR plezzzzz…

Jom sahabat2! Kita da kena masukkan gear 5! Jangan lengah2 lagi… Bulan yang penuh berkat dan rahmat ini jgn kita sia2kan.. Moga Allah beri kesempatan pada kita semua. Doakan saya ye sahabat!! Orang ISLAM mesti KUAT!!!!

Thursday, August 20, 2009

Antara MALU dan HARAP


Assalamualaikum warahmatullah…

Lately resah sedikit rasa jiwa. Sedih dan tergugat ketenangan. Sedih bila teringatkan tiada persiapan utk diri dan hati menghadapi bulan Ramadhan. Hampir2 terlupa saya Ramadhan dah semakin dekat.. Sebab sibukkah? Ataupun hati yang semakin jauh? Na’uzubillah…moga Allah jauhkan.


Jika dulu, berdebar2 saya menantikan Ramadhan. Sejak Rejab lagi, menghitung hari untuk Ramadhan. Tapi di sini, cepat sangat rasanya masa berlalu. Seharusnya, Rejab dan Syaaban dijadikan sebagai bulan latihan untuk kita bersedia, supaya Ramadhan dapat dijadikan medan ujian yg sebenar, supaya hati yang tenang, bersih dapat dipersiapkan utk menyambut bulan yg sgt mulia ini..

Sedih, malu, kecewa… Tapi, siapalah saya untuk mengeluh. Segala puji bagi Allah yg masih meminjamkan nyawa untuk saya menjalani Ramadhan kali ini. InsyaAllah..

Moga Allah izinkan saya melangkah ke bulan-Nya yang mulia ini, dengan membawa segala beban dosa, segala bagai cacat cela. Tak perlu pura2 or hipokrit lagi. Inilah diri saya yang sebenarnya. Tidak memiliki keindahan untuk dipersembahkan, kesucian hati juga semakin pudar..Astaghfirullah…

Moga semakin kerap dahi ini mencecah sejadah. Semakin banyak air mata yang tumpah. Saat ini, hati hanya berbekalkan HARAPAN. Harapan semoga diberi peluang yang ke entah yg berapa kali.. Dengan keyakinan bahawa kasih sayang dan keampunan dari Allah melebihi murkaNYA. Dalam rasa malu dan harap, saya akan memberanikan diri untuk meminta lagi, dan lagi, dan lagi..insyaAllah…

Saturday, August 15, 2009

Mesti Semangat!!


Assalamualaikum warahmatullah

Alhamdulillah, konvo dah pun habis.. Bersyukur dan gembira kerana segala2nya berjalan dgn lancar dan sangat membahagiakan sekali. Tapi sedih jugak, sebab saat yang saya nantikan lebih sebulan yg lalu dah pun berlalu. Sukar nak ditafsirkan perasaan ketika kita menantikan sesuatu yg membahagiakan akan tiba. Seperti mengharapkan sesuatu. Saya yakin sahabt2 juga merasainya, cuma maybe ada yg tak menyedarinya.. Perasaan ini seperti apa yg saya rs ketika melalui selanjar 2 pd tahun 2. Perit nak habiskan study week, tapi rasa sangat senang sbb habis sahaja selanjar, kami akan ke Aceh untuk elektif..hmm, itulah perasaannya..


Sebenarnya, apa yg sangat membahagiakan adalah melihat umi dan abah bahagia. Walaupun k eli dan aini tak berkesempatan bersama2 pd konvo ini, tapi keceriaan di wajah umi dan abah mengubati kedukaan itu. Alhamdulillah..

Sejujurnya, doa yang dibaca oleh Dr Wan Nudri pada penghujung majlis itu benar2 mengesan di hati saya. Umi dan abah bermain2 di fikiran. Segala pengorbanan, harapan mereka seakan2 memanggil2 saya untuk berfikir. Tiba2 rasa sgt tidak adil pd mereka. Bila belajar dulu, stress exam- menangis pada mereka. Sekarang, stress keje- pun menangis pada mereka jugak..huhu..

Bila melangkah keluar dewan, saya tekad untuk tabah dalam segala2nya. Untuk kuat seperti yang saya selalu inginkan. Bila jumpa saja dgn umi, saya dapat melihat matanya berkaca sambil berkata- “ Tahniah kak Ja..” Dan saya tak mampu berkata apa2 lagi. The truth is- nope, tahniah umi!!! Kejayaan ni Ja persembahkan untuk umi dan abah..Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang melimpahkan kebahagiaan ini..

Bila saya berfikir balik tentang hidup ni, most of the time, kita terlalu pentingkan diri. Tanpa memikirkan mereka yang sentiasa di samping kita. Yang akan be with us, no matter how bad or good we are. Sangat menjaga perasaan diri, biar banyak hati yg terpaksa kita lukai.

From now on, insyaAllah, diri ni akan semakin kuat!! Sepanjang cuti ni, nak kumpul segala kekuatan. Tak nak walau sesaat perasaan ‘ malasnya nak start keje balikk’ terlintas di hati. Memang payah. Sebab tu besar ganjarannya SABAR.. InsyaAllah..

P/S- Thanks for those yg hadiahkan 4 jambak roses waktu konvo ari tu!

Sunday, August 9, 2009

Apabila Engkau Sanggup..


Apabila engkau sanggup mengekang nafsumu, tahan pada masa semua orang telah ditarik oleh syahwatnya, apabila engkau sendiri masih percaya kepada dirimu, pada masa orang lain telah ragu..

Apabila engkau telah sanggup menghiasi wajahmu dengan kesabaran dan menunggu dengan tenang. Padahal pelbagai tuduhan telah ditimpakan kepada dirimu..

Apabila engkau sanggup mengambil kepastian dengan tidak dipengaruhi oleh angan-angan dan dapat mengendalikan fikiran ..

Apabila engkau sanggup mengatasi hidup, tidak terlonjak gembira bila dia datang, dan tidak terlalu bersedih bila ia pergi. Tidak sukacita tatkala tertawa dan tidak berduka ketika menangis..

Apabila engkau sanggup menahankan pukulan, melihat nasihatmu yang berharga dan keikhlasan hatimu diambil jadi senjata oleh orang-orang yang rendah budi untuk menentang engkau, dan penarik-penarik orang yang lemah..

Apabila engkau sanggup menahan hatimu, melihat pendirian yang engkau perjuangkan dan perubahan yang engkau kehendaki tidak diperhatikan orang..

Apabila engkau sanggup menentukan tujuan dan batasnya tetapi tidak berhasil menujukan yang pertama, lalu tegak lagi dan engkau mulai pula dengan tidak mengeluh..

Apabila engkau sanggup menetapkan hatimu dan menguatkan perasaanmu, bila bertemu dengan pelbagai kesulitan.

Apabila engkau sanggup mendorongkan hatimu ke muka dalam perjuangan hidupmu, dan menghadapi dunia, baik pada waktu manis atau pahit dengan tetap memelihara keutamaan dirimu pada waktu yang mana juapun dan engkau sanggup masuk ke majlis raja-raja dengan pakaian orang biasa…

Apabila benci musuhmu dan saying temanmu tidak lagi dipengaruhi tegakmu yang adil..

Apabila engkau sanggup mengambil hikmah daripada pergiliran zaman, dan mengambil manfaat daripada penggantian hidup dan semuanya dapat kau kuasai, dan bukannya engkau yang dikuasainya..

Apabila engkau telah sanggup menghadapi semuanya itu, makalah engkau seorang pahlawan dan engkaulah yang berhak mempusakai dunia seisinya serta engkaulah sebenar-benar lelaki, hati anakku…

Prof Dr Hamka, Peribadi, halaman 81-83

Sunday, August 2, 2009

Abah Dan 52

Assalamualaikum warahmatullah

Saya mencari2 perkataan yg sesuai sebenarnya.. Hajat di hati, nak hasilkan entry khas sempena hari lahir abah yg ke-52. Tapi entahlah, tak tahu nak start dari mana..
Saya ingat lagi pada tengahari 29/7 yang lalu, umi call waktu saya sedang semi conscious kerana post-call..

“ Ja, ingat dok birthday abah hari ni??”

“ Subhanallah…macm mana bleh lupa niii,” sambil menepuk dahi.. kecewa sbenarnya pd
diri.

Umi saya hanya ketawa.


“ Ja sore jah tak wish lagi. K eli first, pastu adik, abe, n k aini.. Xpo, abah kato sebab doktor sibuk, jd dimaafkan..” Sedih pulak sy dengar.. Terbayang2 watak ‘adik’ dalam cerita pendek ‘Surat Seorang Ibu’ yang pernah sy paparkan tak lama dulu.
Nauzubillah…

Malam tu, saya call abah. Seperti biasa abah hy ketawa..

Frankly, tiada kata yg dapat mentafsirkan betapa besarnya pengorbanan abah pada kami semua. Memang tak ada..

Ketahuilah abah, ja akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak, bahawa abah seorang ayah yang baik. Terima kasih atas malam2 yang abah luangkan untuk berdoa di hadapan Allah waktu Ja susah.. Terima kasih atas kasih sayang yg tak pernah putus2 dan tiada batasan selama ini. Terima kasih juga sebab tak pernah gagal bank in duit waktu Ja tgh kering..oppsss..

Semoga hidup dan mati abah diberkati Allah saw.. Moga abah berbahagia di dunia dan di akhirat..Ameennn

Perlunya Ada Sabar


Assalamualaikum warahmatullah

Pernah saya bertanya pada sorang senior HO ketika minggu pertama sy di sini,

“ Akak, jadi HO ni selalu kena marah x? “ tersengih senior tu bila dengar soalan saya

“ Ja, bukan kena marah je, maki, caci dan segala bagai.. kalo salah kita xpela, yang bukan salah kita pun berlambak. Sampai da naik tuli telinga..lama2, da takde perasaan. Kne marah pun rasa biasa je,”

Ternganga juga saya sekejap. Macam tu ke? Semakin merudum semangat saya yang dah memang low ni. Hari2 saya lalui dengan palpitation. Lama2, da semakin adapt dgn hidup seorg HO ni.. Bukan saje specialist dan MO, nurse pon boleh marah2 HO..hehe, lawak la pulak. Tapi bukan sume, ramai je yang baik2..


Pernah juga seorang sahabat HO berkata pd saya,

“ Ja, mu kena la wat garang sket. Dengan nurse ke, patient ke..ni berlembut sgt, lama2 kne buli..”

Entahlah, bukan saya berlembut sangat, tapi malas nak berkira sebenarnya. Maybe certain things kene tegas, tapi bukanla selalu. Saya seboleh2nya nak elak dari cetuskan satu environment kerja yg tidak selesa. Sebab bagi saya, kerja ward yang bertimbun ni akan jadi smooth jika sume pihak main peranan masing2. Yang doctor terlepas pandang, nurse akan ingatkan, begitu juga sebaliknya. Lagipun, bukan ke Rasulullah saw mengajar kita spy berlembut sesama manusia??

Sebenarnya, posting orthopedic yg sedang saya lalui sekarang adalah posting yg paling relaks dan free sebenarnya. Mungkin oncall yg agak havoc sebab terpaksa berlari dari ward ke a&e sepanjang malam. Tapi alhamdulillah, saya seharusnya banyak bersyukur jika nak dibandingkan dengan sahabat2 dari posting2 yang lain. Terpaksa berdepan dgn ragam manusia yg pelbagai. Sampai nak fikir lojik akal pun, payah nak terima wujud lagi manusia sebegitu..

Tapi, bila fikir balik, kita sebagai yang mengaku hamba Allah, sepatutnya xde kegusaran di hati bila berhadapan dgn orang yg sebegitu. Betapa besar pangkatnya sekalipun di dunia, dia tetap hamba Allah. Tetap sama seperti kita. Yang membezakan hanyalah TAQWA pada Allah. Kalau rs diri dizalimi, ingatlah bahawa hari pengadilan tu pasti tiba.. Di mana nasib kita akan terbela di hadapan Allah, jika kita berada di pihak yang benar.. So, buat apa nak takut??

Bekalan paling penting yang perlu ada- SABAR.

“Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),

“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153)

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10)

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Betapa banyak yang Allah janjikan dalam al-Quran kepada mereka yang sabar. Tapi, pastinya bukan mudah nak dapatkan sifat ni. Bukannya ia sentiasa bermastautin dalam hati kita. Ada pasang surutnya. Kekadang ada, kekadang hilang.. Kitalah kena usaha sungguh2. Usaha untuk SABAR! Baru semakin nikmat rasanya IMAN..

So, conclusionnya, hidup mesti terus.. Segala macam yang dihadirkn Allah kepada kita, anggaplah sebagai ujian penyeri kpd hidup, sementara nak tunggu mata ni tertutup buat selama2nya...Orang Islam Mesti Kuat!!!!!

Saturday, August 1, 2009

Lari Setempat!!


1 Ogos 2009, Sabtu, 10.24pm- Asrama jururawat HTAA kuantan

Assalamualaikum warahmatullah,

Segala puji bagi Alllah, yang Maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha Mengasihani, kerana dgn kasih sayang dan belas kasihanNya, saya masih hidup, masih berpeluang menikmati kemanisan Iman dan Islam..Alhamdulillah

Susah sebenarnya nak memeriahkan balik blog yg dah bersawang ni dgn posting2 baru. Bukanlah kekangan masa yang jadi penghalang, tapi masalah dalam diri.. Banyak sebenarnya nak dikongsi bersama sahabat2, tapi entahlah, tak jugak tergerak hati untuk menulis. Sejujurnya, saya merasakan diri ni sangat hipokrit. Meluncur laju saja kata2 nasihat dan motivasi dlm artikel2 saya utk dikongsi bersama sahabat2, tapi hakikatnya, kondisi diri saya sgt mengecewakan.

Orang Islam Mesti Kuat!!! Itulah MOTO hidup saya. Tapi sejujurnya, saya seorg yg sangat lemah. Sebulan yg berlalu, most of the time, saya takut nak bangun pagi dan jalani hari seperti doktor2 yg lain.. Sgt bertentangan dgn tuntutan Allah supaya kita bersyukur setiap kali nafas ni masih menjadi milik kita selepas bangun dari tidur. Malunyaaaa……

NAK LARI BOLEH TAK???

Mulut ni asyik2 mengeluh;

“Sronoknya kalau ada sayap. Boleh lari ke mana saja yang saya suka. Ke mana saja, but not here..”

“ Bestnya kalau jadi cikgu..Gaji lebih kurang je, kerja tak stress, cuti pun banyak…”

“ Ruginya tak pilih dentistry dulu.. Kalau tak, mesti lena je tidur, tak payah onkol..”

“ Alangkah bahagianya kalau dok umah je. Tunggu org pinang, boleh jg suami n anak2..”

Asyik2 kalau, kalau dan kalau menemani hari2 saya.. Astaghfirullah..

Akhirnya, saya beri kata dua pada diri. “STOP IT!!” or “habislaaa akuuu”.. dan alhamdulillah, saya memilih “STOP IT!!!!!!!”

LARI SETEMPAT!!

Hakikatnya, sampai mati pun masalah takkan selesai if diri tak habis2 mengeluh.. Selagi bibir tak berhenti ‘ ber-kalau-kalau’, selagi tu tanda ‘tak bersyukur’ tercop di dahi. And the truth is, LARI DARI MASALAH ADALAH UNTUK MENGEJAR MASALAH!!

“ Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu: dan akan Kami uji perihal kamu,” Surah Muhammad, ayat 31

So, solutionnya, nak lari boleh, tapi lari setempat.. Sebab tak mungkin sy dapat lari dari kehidupan ni. Ya, saya menerima stage kemurungan yg saya alami sebulan pertama yg lalu sebagai stage hidup yang agak biasa untuk seorang yg baru bergelar HO.. Tapi saya mohon dengan sangat kepada Allah, ia berlalu dan tak datang2 lagi.. Saya benci diri saya yg begitu. Yang taknak menerima takdir yg sebegini cantik yang
dikurniakan pada saya..

Jika di medical school, banyak yg saya sanggup hadapi, mengorbankan banyak perkara dlm hidup semata2 kerana ini, hingga merantau ke ceruk kuantan, tapi, once da ada dlm genggaman, banyak pulak alasan.. Moga Allah ampunkan saya..

So sahabat2, tak kira la yang seangkatan or adik2, jom live our life sebaiknya.. Kalau rs susah sangat, mintakla sungguh2 dgn Allah. Takde siapa yang mampu ubah apa2 melainkan Dia kan? We know that, but we forgot it most of the time, especially me.. Bersangka baik dengan Allah. Takdak kelemahan langsung dlm perancanganNya. Hidup yg sekejap ni, jgn disia2kan dengan sangkaan buruk pada Allah.. Sabar tu indah..Tup tup, malam ni tidur terakhir kita sebelum tidur yg selama2nya… So kalo nak lari tu, LARI SETEMPAT!!!