Wednesday, May 14, 2008

jadilah hamba yang adil

Assalamualaikum wbt

Dalam seminggu kebelakangan ni, banyak yg mengisi diari USMKK. Isu petempatan, kejutan result Pro3, dan kejutan lagi result Pro1. Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah kepada senior 2 yg dah pun mendapat title doktor. Moga Allah berkati dan redhai setiap perjalanan kalian sebelum, semasa dan selepas pro3 yg lalu. Selepas 5 tahun mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawb yg bukan mudah ni, barulah kalian tiba di medan sebenar.. Moga kalian bukan saja cermerlang sebagai doktor perubatan, tetapi juga berperanan sbg 'doktor muslim'. InsyaAllah..

Tahniah juga diucapkan buat adik2 yg berjaya di pro1 yg lalu.. Selamat datang ke fasa 2. Saya yakin, adik2 akan semakin meminati medicine slpas ini. Kita sebenarnya agak terpana dgn jumlah pelajar2 yg gagal yg sememangnya memecah rekod. Ia menjadi topik hangat yg meniti di bibir2 students. Di Voice Of Islam jg agak giat membincangkan topik ini.. Berbagai2 pendapat yg boleh kita baca. Sememangnya pelajar2 di USMKK sgt concern akan masalah ni. Pelbagai cadngan yg diusulkan-giatkan nadi, aktifkan breifing, sehingga ada yg mencadangkan menukar sistem kurikulum pusat pengajian.. Frankly, hati saya agak terkesan ble terdgr cakap2 dan komen2 yg saya rsakan tidak adil. Ini bukanlah masanya untuk kita menuding jari ke pihak2 tertentu. Menyatakan pihak ni silap, pihak tu tk buat kerja. Tapi inilah waktu yg paling tepat untk kita sama2 berfikr, kesan masalah dan sama2 memikirkan jalan penyelesaian tanpa prejudis terhadap mana2 pihak.

Serngkali sampai di telinga, atau melalui pembacaan di blog sahabat2, mengatakan yg MPP tak jalankan tanggungjwb. Sungguh tak adil. Salah seorang sahabat rapat sy juga MPP. Saya tahu betapa banyak sudah usaha mereka untuk menjga kebajikan, membela nasib students. Dari isu JPA sehingga petempatan. Sehingga mengorbankan akademik dan kebajikan sendiri.. Kita sebagai mahasiswa yg bijak harus lebih sensitif dan kritikal dalam menilai sesuatu perkara. Jangan bercakap kerana emosi or dipengaruhi sb2 tertentu. Ingat, setiap perkataan, perbuatan di dunia ini xkan terlepas dari balasan Allah di hari perhitungan kelak. Saya ni bukanlah duta MPP, tapi cukuplah seorang hamba Allah yg merasakan yg every person deserved to be treated as a human being..at least!

Firman Allah swt yg ertinya,

"Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari2 kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

(Al-Hujurat:12)

Tuesday, May 13, 2008

Bila diberi ujian..

Assalamualaikum wbt

Agak lama juga blog ni sepi tanpa post baru.. Banyak sebenarnya yg berlaku dalam seminggu ni. Seminggu yg dipenuhi UJIAN! Truly, terlalu byk yg brlegar2 di fikiran untk saya zahirkan dalam tulisan. Tapi kuasa Allah mendahului segalanya.. 4 hari yg hanya tdo dan bangun ke toilet membuatkan sy banyak berfikir ttg betapa mudahnya Allah menarik nikmat sihat drpd badan.. Sekejap kita boleh berjalan ke sana ke mari, dan sekejap juga kita boleh terlantar begitu sahaja..

Dengan sakit ini jga membuatkan saya byk berfikir. Satu per satu hikmah Allah tentang kejadian yang terjadi dalam hidup saya sebelum ni dpat saya nikmati.. Hampir dua bulan lalu, sy mengambil keputusan untk menarik diri dari mnjadi urusetia sebuah event yg besar selepas puas meminta petunjuk dari Allah. Semakin hari, sy yakin keputusan itu tepat berdasarkan ketenangn hati yg sy rasai selepas itu. Dan ia terbukti bila mana sy ditakdirkan Allah sakit pada hari event tu berlangsung! Alhamdulillah..sungguh Allah itu maha teliti dalam perencanaanNya.. Jika tidak, pasti sy akan banyak membebankan urusetia yg lain.

Untuk exam yang akan sy hadapi esok, saya serahkan pada Allah.. 4 hari yg x langsung menjenguk buku membuat saya merasakan minda seperti kosong..hehe..harapnya tak. Usaha dulu selagi mampu, dan serahkan pada Allah. Saya sangat2 yakin Allah adalah sebaik2 perancang. Dia maha adil dan maha tahu apa yang terbaik buat saya. Jadi, kenalah bersangka baik dengan Allah..

Kepada sahabat2 yang luar biasa, tiada apa yg mampu sy buat untuk menunjukkan betapa saya menghargai kalian. Sungguh Allah telah memberikan saya kebaikan dengan mengurniakan kalian sebagai sahabat! Jika tak lama kita jadi sahabat di dunia, moga kita bertemu di syurga ya! Jangan lupakan saya!

Dan for sure, for my amazing and loving family- terima kasih! Kak Eli- what can I say about her? Caring, loving, funny..rasa nak menitis airmata bila ingatkan apa yg sudah kakak saya ini buat untuk saya. InsyaAllah, akan saya tunaikan tanggungjawab saya sebagai adik..
Umi and abah- mulanya, saya cuba nak rahsiakan sakit saya ni dr mereka.. tapi, as usual..xkan boleh menipu dengan umi..bak kata k long, anak manja. hehe.. sayang umi dan abah!!

Sahabat2 di luar sana, hargai ye sihat sebelum sakit. Bekerjalah, berbaktilah selagi kudrat menjadi milik kita. Jika sakit or rasa ada halangan dalam kehidupan normal kita, sentiasa cari hikmah Allah.. baru tiada rasa putus asa pada Allah. Yakin ! Yakin dengan Allah. Kita di milik Allah..segalanya milik Dia..Wallahua'lam..

study!

Sunday, May 4, 2008

Ada Apa Dengan UMI?




Assalamualaikum wbt
Bila bercakap tntang harapan,impian dan pengorbanan, wajah umi terus terbayang di mata.Bila dengar alunan lagu & mengamati senikata lagu "My Mum Is Amazing" nyanyian Zain Bhikha,dalam hati berkata dgn yakinnya- Itulah UMI! Inspirasi sy yang x putus2 menjadi tulang belakang sy sejak kecil hingga da besar panjang ni..

Bila igtkan umi ketika sy di tadika,rs nak tergelak pun ada.UMI sy gambarkn seorg yg garang waktu tu..Nak buat ni xbleh, nak buat tu x bleh.Buat salah sket, sure ada hukumannya. Tapi di sebalik semua tu, bru sy sedar, kerana didikan itulah, sy dan adik membesar sehingga menjadi 'someone'..alhamdulillah
Kini, UMIlah ibu, rakan baik dan tempat rujukan sy apabila ada yang meresahkan hati.Umi seolah2 ada sixth sense utk mengesan yg anaknya ini ada masalah hanya dngn tone suara dn riak muka shj! Betapa 'amazing'nya umi!
UMI seorang yg amat mementingkan pelajaran kami adik-beradik.

"Anak2 umi kne blaja rajin2 ya. Umi x pandai,stkat STPM je.Umi x nak anak2 umi jd mcm umi-x masuk universiti.."kata2 UMI tu selalu mengundang air mata saya. Besarnya hrapan UMI pada kami. Tak hairanla jika UMI boleh menjd seorang yg sgt bermotivasi. Saya masih ingat di waktu kami di sekolah menengah bila mana UMI sanggup tersengguk2 tdo di dalam kereta bertemankan nyamuk semata2 menunggu kami balik tusyen pd waktu malam. UMI jga sanggup berjaga malam bersama kami yg study utk SPM & PMR. Masih terasa keenakan milo n biskut keping yg disediakan umi utk mengalas perut kami..Terima kasih UMI!
PMR,SPM dan matrik berlalu.. alhamdulillah, kemurahan rezeki kurniaan Allah yg saya dpt dalam pelajaran sgt mengembirakan UMI.Masih terbayang keseronokan dan air mata UMI ketika sy terima result SPM & matrikulasi..menjadi seorang doktor jg adalah impian UMI buat anak2nya. InsyaAllah akan sy realisasikan buat UMI.

Dan pada 9 Mei ni, genaplah umur UMI 45 tahun.Walaupun setiap tahun tarikh itu kami celebrate sekeluarga, namun ini x bermakna UMI hanya dihargai pada hari itu. UMI adalah insan istimewa every 24 hours of my days! Sejauh manapun UMI dari saya (tak jauh sgt pun..),kasih sayang UMI sentiasa saya rasai..

Terima kasih UMI atas kasih,cinta,sayang umi slama ini. Terima kasih kerana terima kebaikan dan keburukan anakmu ni.

Tulisan ini terhasil bukan semata2 nak memuji UMI buat tatapan para sahabt..tapi untuk kita lebih bersyukur dgn adanya seorang manusia yang bergelar umi, ibu, mummy or mak. Saya yakin ibu sahabat2 juga se'amazing' UMI saya. Tinggal lagi yg membezakan ialah sejauh mana kita mensyukuri kehadiran insan yg tulus murni ni. Bersyukurlah!! Berbakti pdnya selagi mereka hidup. Jika Allah lebih sygkan mereka dgn menjemput mereka terlebih dahulu, berusahalah untk jd soleh dan solehah..jadilah harta yg x putus2 buat mereka..