Sunday, September 27, 2009

Soal Kasih dan Sayang




Assalamualaikum warahmatullah

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menamatkan Ramadhan tahun ini. Semoga setiap amalan yg kita lakukan sepanjang Ramadhan lalu diterima Allah swt. Mungkinkah bertemu lagi untuk tahun depan?? Wallahu’alam..

Syukur juga pada Allah swt, majlis kesyukuran sempena perkahwinan kakak saya (kak elly) selamat dijalankan pada 3 Syawal yang lalu. Segala puji bagi Allah atas segala kemudahan urusan kami pada majlis tersebut. Cuaca juga sangat membahagiakan, seolah2 menandakan restu dan keberkatan Allah bersama kami, ameen..


Before this, ketika menghadiri majlis akad nikah para sepupu, perasaan saya biasa2 saja. Tapi pada tengah hari 3 Syawal yang lalu, agak sebak sikit ketika abang ipar saya melafazkan ucapan keramat tu.. Mungkin kerana kak elly dah terpaksa dikongsi. Huhu

“ Ikatan perkahwinan ni bukan sebarang ikatan.. Bukan main2. Bukan semuanya cantik dan indah.. Bila kita dah terikat dengan ikatan ni, bermakna kita dah bersedia untuk terima seorang insan lain dalam hidup kita. Terima baik dan buruk dia tanpa mengeluh.. Kalau kita nakkan pasangan yang sempurna, kita akan nampak ketidaksempurnaan pasangan kita lepas kahwin. Kalau nak pasangan yg hensem, kita akan nampak kehodohan dia. Jadi, kena terima dan redha atas segalanya. Kalau salah sama2 baiki.. sebab kita manusia ni takkan sempurna..”

Itu nasihat umi saya yang sebenarnya dah acapkali menjamah telinga. Tapi semakin kerap sejak majlis kak elly dah dekat before this..

Dalam usrah saya sewaktu di kampus dulu pernah membangkitkan isu ini. Kita sebagai muslimat, frankly, sarat dengan perancangan ttg masa depan. Nak keluarga muslim yang bahagia, anak2 soleh solehah dan sebagainya.. Tapi on top of all, suami kita bagaimana orangnya?? Untuk capai segala bagai impian indah ttg our future family, we need the right person to be the one yg bimbing the family members. Bukan mudah nak jumpa muslimin begitu sekarang..( jgn marah ye muslimin..) Kadang risau juga, demand sangat ke kita? Diri pun banyak cacat cela..

Tapi buat masa sekarang.. saya putuskan utk meletakkan perkara ni antara list yg paling belakang dlm hidup.. Kasih sayang Allah, umi, abah, siblings, sahabat2 dan para patients pun da cukup buat saya buat masa ni. Frankly, agak complicated dan terganggu bila pikirkan soal sebegini.. InsyaAllah, jika Allah takdirkan hati ni terbuka suatu hari nanti.. Or mungkin ajal menjemput saya dulu? So…Orang Islam Mesti KUAT!! Selamat hari raya!!!
Read more!

Thursday, September 3, 2009

Di Mana Kita??


2 Ramadhan 1430 Hijrah – 3.00pagi

“ Hello Dr Shazana, dari resus ni.. Ada new case la dr..” Waktu tu hanya baru 30 minit sy melelapkan mata

“ Case ape ye?” Semi conscious saya bertanya.

“ MVA. Posterior hip dislocation. Dua lagi patient tengah x-ray,”

Tercelik mata saya yg pejam td. Tiga patient??? Berat badan saya nak bgn dr katil bilik HO tu. Sah2 tu je tidur saya untuk hari tu. Alhamdulillah..


Sampai je saya di resus, MO di resus terus briefing tentang patient tadi. MVA at 1 am with alcohol influence?? Sorang lagi penunggang motor jugak under alcohol influence. Open fracture tibia. Entah kenapa rasa marah sgt waktu tu. Ramadhan baru je bermula, sanggup mereka buat begini…

“ Orang sahur nasi, budak2 ni pulak sahur arak!” Kata seorang nurse.

CMR ( closed manipulation reduction) dibuat di resus saja oleh MO saya. Patient tu still lalok lagi. CMR memang menyakitkan, tapi sebab dah semi conscious, buat je CMR without sedation. Dalam tgh buat CMR, patient tadi menjerit2 sakit. Lebih kurang 4 orang terpaksa stabilize patient yg meronta2. Yang paling menyakitkan hati, sempat lagi sebut nama Allah ketika tgh2 sakit… Ikutkan hati, mahu je saya lekuk kepala patient ni. Biar jadi pengajaran!

Patient yang ketiga, saya clerk as usual.. Alleged MVA at 1am sustained fracture mid-shaft femur

“ Balik dari mana dik pagi2 buta ni?” Adik tu tersengih. Malu2 nak menjawab

“ Tgk wayang..” Sengih lagi..

“ Astaghfirullah.. Malam2 Ramadhan ni awak gi tgk wayang ke dik??” Adik tu tunduk je.. Hadoiii..sesak nafas saya.

Hampir seminggu perkara ni menghantui saya. Bukan kerana marahnya saya pada mereka, tapi risaukan diri sendiri..

Bila mengamati balik kisah hidup selama 24 tahun ni, bermacam perkara yang dah ditakdirkan pada saya. Sehinggala ke hari ini. Alhamdulillah… Nikmat Iman dan Islam ini semakin terasa. Segala puji bagi Allah, yang mengurniakan hidayah yg amat berharga ini.

Tapi persoalannya, sampai bila? Adakah sampai nafas terakhir saya nikmat ini akan terus menemani saya? Bagaimana kesudahan kita? Dalam kalimah ke? Atau dalam keadaan lagha?? Nauzubillah…

Untuk adik2 tadi, dengan izin Allah, mereka survive. Mungkin ini turning point untuk mereka berubah. Insaf atas apa yg berlaku pada diri. Moga Allah ampunkan mereka..
Tapi kita bagaimana? Palpitation sy memikirkan keadaan ni.. Alhamdulillah, sekarang kita di jalan ini, tapi tiada siapa boleh jamin kita tetap di sini hingga ke akhirnya. Mati tu paling hampir..

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda,
“ Bersegeralah kamu sekalian untuk melakukan amal2 soleh kerana akan terjadi sesuatu bencana yang menyerupai malam gelap gelita ketika ada seseorang yang pada waktu pagi ia beriman, tetapi pada waktu petangnya ia kafir, pada waktu petangnya dia beriman, tetapi pada waktu pagi ia kafir, dia rela menukar agamanya dengan sedikit keuntungan dunia.”
Hadith riwayat Muslim

Akhirnya, saya membuat kesimpulan, hanya Allah yang tahu segalanya. Hanya dia yang Maha Mengetahui rahsia segala apa yang telah, sedang atau akan berlaku pada kita.. Gunalah senjata kita yang paling berkuasa- DOA. Tunduk dengan sepenuh hati kepada Allah, mohon dengan penuh tawadhuk, moga Allah terus memilih kita untuk berada di jalan yang Allah redha. Di samping tu, kita perlu usaha sungguh2 untuk mengekang hawa nafsu yang membuka jalan ke arah lagha. SABAR & MUJAHADAH!!!

Siapa kita nak menentang takdir Allah? Tapi Allah suka hambaNya yang merayu. So, merayulah.. Moga diri, ibu & ayah, adik beradik, suami dan anak2 kita terdiri dalam golongan yang Dia redha kehidupan dunia dan akhirat. Ameen…
Read more!

Saturday, August 29, 2009

U-TURN PLEZZZZ!!



Assalamualaikum warahmatullah..

Lately, mimpi2 menyedihkan sering menemani tidur saya. Petang tadi, teresak sy bila bgn dari tidur.. dalam mimpi tu, hanya satu hari je lagi tinggal Ramadhan. Waktu tu sy sedang oncall, iaitu hari kedua terakhir sebelum shawal tiba. Peluang menikmati lailatulqadar dah terlepas.. Beria2 saya menangis dlm mimpi sampai terbawa ke alam realiti. Sebab kenapa? Jawapannya kerana terlalu sedikit amal yg menghiasi Ramadhan kali ni….

Hari2 yg saya lalui dlm Ramadhan kali ni rasa terlalu cepat berlalu. Badan dan minda terasa sgt letih dan lemah, mungkin sebab byk oncall tertangguh sejak awal bulan 8 lagi.. Kebanyakan masa dalam bilik hanyalah untuk tidur. Collapse yang bersambung2..
Saya tak sanggup nak biarkan perkara ni x berkesudahan. Alhamdulillah, Allah mentakdirkan mimpi ni untuk saya, utk bagi saya alarm!! Kurangkan TIDUR plezzzzz…

Jom sahabat2! Kita da kena masukkan gear 5! Jangan lengah2 lagi… Bulan yang penuh berkat dan rahmat ini jgn kita sia2kan.. Moga Allah beri kesempatan pada kita semua. Doakan saya ye sahabat!! Orang ISLAM mesti KUAT!!!!
Read more!

Thursday, August 20, 2009

Antara MALU dan HARAP


Assalamualaikum warahmatullah…

Lately resah sedikit rasa jiwa. Sedih dan tergugat ketenangan. Sedih bila teringatkan tiada persiapan utk diri dan hati menghadapi bulan Ramadhan. Hampir2 terlupa saya Ramadhan dah semakin dekat.. Sebab sibukkah? Ataupun hati yang semakin jauh? Na’uzubillah…moga Allah jauhkan.


Jika dulu, berdebar2 saya menantikan Ramadhan. Sejak Rejab lagi, menghitung hari untuk Ramadhan. Tapi di sini, cepat sangat rasanya masa berlalu. Seharusnya, Rejab dan Syaaban dijadikan sebagai bulan latihan untuk kita bersedia, supaya Ramadhan dapat dijadikan medan ujian yg sebenar, supaya hati yang tenang, bersih dapat dipersiapkan utk menyambut bulan yg sgt mulia ini..

Sedih, malu, kecewa… Tapi, siapalah saya untuk mengeluh. Segala puji bagi Allah yg masih meminjamkan nyawa untuk saya menjalani Ramadhan kali ini. InsyaAllah..

Moga Allah izinkan saya melangkah ke bulan-Nya yang mulia ini, dengan membawa segala beban dosa, segala bagai cacat cela. Tak perlu pura2 or hipokrit lagi. Inilah diri saya yang sebenarnya. Tidak memiliki keindahan untuk dipersembahkan, kesucian hati juga semakin pudar..Astaghfirullah…

Moga semakin kerap dahi ini mencecah sejadah. Semakin banyak air mata yang tumpah. Saat ini, hati hanya berbekalkan HARAPAN. Harapan semoga diberi peluang yang ke entah yg berapa kali.. Dengan keyakinan bahawa kasih sayang dan keampunan dari Allah melebihi murkaNYA. Dalam rasa malu dan harap, saya akan memberanikan diri untuk meminta lagi, dan lagi, dan lagi..insyaAllah…
Read more!

Saturday, August 15, 2009

Mesti Semangat!!


Assalamualaikum warahmatullah

Alhamdulillah, konvo dah pun habis.. Bersyukur dan gembira kerana segala2nya berjalan dgn lancar dan sangat membahagiakan sekali. Tapi sedih jugak, sebab saat yang saya nantikan lebih sebulan yg lalu dah pun berlalu. Sukar nak ditafsirkan perasaan ketika kita menantikan sesuatu yg membahagiakan akan tiba. Seperti mengharapkan sesuatu. Saya yakin sahabt2 juga merasainya, cuma maybe ada yg tak menyedarinya.. Perasaan ini seperti apa yg saya rs ketika melalui selanjar 2 pd tahun 2. Perit nak habiskan study week, tapi rasa sangat senang sbb habis sahaja selanjar, kami akan ke Aceh untuk elektif..hmm, itulah perasaannya..


Sebenarnya, apa yg sangat membahagiakan adalah melihat umi dan abah bahagia. Walaupun k eli dan aini tak berkesempatan bersama2 pd konvo ini, tapi keceriaan di wajah umi dan abah mengubati kedukaan itu. Alhamdulillah..

Sejujurnya, doa yang dibaca oleh Dr Wan Nudri pada penghujung majlis itu benar2 mengesan di hati saya. Umi dan abah bermain2 di fikiran. Segala pengorbanan, harapan mereka seakan2 memanggil2 saya untuk berfikir. Tiba2 rasa sgt tidak adil pd mereka. Bila belajar dulu, stress exam- menangis pada mereka. Sekarang, stress keje- pun menangis pada mereka jugak..huhu..

Bila melangkah keluar dewan, saya tekad untuk tabah dalam segala2nya. Untuk kuat seperti yang saya selalu inginkan. Bila jumpa saja dgn umi, saya dapat melihat matanya berkaca sambil berkata- “ Tahniah kak Ja..” Dan saya tak mampu berkata apa2 lagi. The truth is- nope, tahniah umi!!! Kejayaan ni Ja persembahkan untuk umi dan abah..Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang melimpahkan kebahagiaan ini..

Bila saya berfikir balik tentang hidup ni, most of the time, kita terlalu pentingkan diri. Tanpa memikirkan mereka yang sentiasa di samping kita. Yang akan be with us, no matter how bad or good we are. Sangat menjaga perasaan diri, biar banyak hati yg terpaksa kita lukai.

From now on, insyaAllah, diri ni akan semakin kuat!! Sepanjang cuti ni, nak kumpul segala kekuatan. Tak nak walau sesaat perasaan ‘ malasnya nak start keje balikk’ terlintas di hati. Memang payah. Sebab tu besar ganjarannya SABAR.. InsyaAllah..

P/S- Thanks for those yg hadiahkan 4 jambak roses waktu konvo ari tu!
Read more!

Sunday, August 9, 2009

Apabila Engkau Sanggup..


Apabila engkau sanggup mengekang nafsumu, tahan pada masa semua orang telah ditarik oleh syahwatnya, apabila engkau sendiri masih percaya kepada dirimu, pada masa orang lain telah ragu..

Apabila engkau telah sanggup menghiasi wajahmu dengan kesabaran dan menunggu dengan tenang. Padahal pelbagai tuduhan telah ditimpakan kepada dirimu..

Apabila engkau sanggup mengambil kepastian dengan tidak dipengaruhi oleh angan-angan dan dapat mengendalikan fikiran ..

Apabila engkau sanggup mengatasi hidup, tidak terlonjak gembira bila dia datang, dan tidak terlalu bersedih bila ia pergi. Tidak sukacita tatkala tertawa dan tidak berduka ketika menangis..

Apabila engkau sanggup menahankan pukulan, melihat nasihatmu yang berharga dan keikhlasan hatimu diambil jadi senjata oleh orang-orang yang rendah budi untuk menentang engkau, dan penarik-penarik orang yang lemah..

Apabila engkau sanggup menahan hatimu, melihat pendirian yang engkau perjuangkan dan perubahan yang engkau kehendaki tidak diperhatikan orang..

Apabila engkau sanggup menentukan tujuan dan batasnya tetapi tidak berhasil menujukan yang pertama, lalu tegak lagi dan engkau mulai pula dengan tidak mengeluh..

Apabila engkau sanggup menetapkan hatimu dan menguatkan perasaanmu, bila bertemu dengan pelbagai kesulitan.

Apabila engkau sanggup mendorongkan hatimu ke muka dalam perjuangan hidupmu, dan menghadapi dunia, baik pada waktu manis atau pahit dengan tetap memelihara keutamaan dirimu pada waktu yang mana juapun dan engkau sanggup masuk ke majlis raja-raja dengan pakaian orang biasa…

Apabila benci musuhmu dan saying temanmu tidak lagi dipengaruhi tegakmu yang adil..

Apabila engkau sanggup mengambil hikmah daripada pergiliran zaman, dan mengambil manfaat daripada penggantian hidup dan semuanya dapat kau kuasai, dan bukannya engkau yang dikuasainya..

Apabila engkau telah sanggup menghadapi semuanya itu, makalah engkau seorang pahlawan dan engkaulah yang berhak mempusakai dunia seisinya serta engkaulah sebenar-benar lelaki, hati anakku…

Prof Dr Hamka, Peribadi, halaman 81-83
Read more!

Sunday, August 2, 2009

Abah Dan 52

Assalamualaikum warahmatullah

Saya mencari2 perkataan yg sesuai sebenarnya.. Hajat di hati, nak hasilkan entry khas sempena hari lahir abah yg ke-52. Tapi entahlah, tak tahu nak start dari mana..
Saya ingat lagi pada tengahari 29/7 yang lalu, umi call waktu saya sedang semi conscious kerana post-call..

“ Ja, ingat dok birthday abah hari ni??”

“ Subhanallah…macm mana bleh lupa niii,” sambil menepuk dahi.. kecewa sbenarnya pd
diri.

Umi saya hanya ketawa.


“ Ja sore jah tak wish lagi. K eli first, pastu adik, abe, n k aini.. Xpo, abah kato sebab doktor sibuk, jd dimaafkan..” Sedih pulak sy dengar.. Terbayang2 watak ‘adik’ dalam cerita pendek ‘Surat Seorang Ibu’ yang pernah sy paparkan tak lama dulu.
Nauzubillah…

Malam tu, saya call abah. Seperti biasa abah hy ketawa..

Frankly, tiada kata yg dapat mentafsirkan betapa besarnya pengorbanan abah pada kami semua. Memang tak ada..

Ketahuilah abah, ja akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak, bahawa abah seorang ayah yang baik. Terima kasih atas malam2 yang abah luangkan untuk berdoa di hadapan Allah waktu Ja susah.. Terima kasih atas kasih sayang yg tak pernah putus2 dan tiada batasan selama ini. Terima kasih juga sebab tak pernah gagal bank in duit waktu Ja tgh kering..oppsss..

Semoga hidup dan mati abah diberkati Allah saw.. Moga abah berbahagia di dunia dan di akhirat..Ameennn
Read more!

Older Posts

Blogger Template by Blogcrowds