Monday, October 24, 2011

Memaknakan Kewujudan Diri



Assalamualaikum warahmatullah..

Bila dilontarkan dengan persoalan- siapa kita sebenarnya? Banyak jawapan yang boleh kita beri – hamba Allah, anak, adik, kakak, isteri, ibu, ayah, doctor, rakyat Malaysia..bla bla..and the list goes on.

Tapi sahabat, persoalan sbenarnya ialah bukan siapa kita, tapi bagaimana kita memaknakan diri dalam setiap peranan yang kita mainkan dlm kehidupan yang sementara ini..

Jika kita muhasabah balik perjalanan hidup hingga hayat yang Allah kurniakan kini, adakah cukup serius, ikhlasnya kita memainkan setiap peranan yg Allah amanahkan kepada kita setakat ini? Or sekadar memenuhi kekosongan hidup, yang kalau kita check secara teliti, terlampau banyak cela, kelemahan dan kesilapan yang kita dah buat??

Let us start with our role as a child- seorang anak yang soleh itu selalu menyenangkan hati ibu dan ayahnya. Selalu memudahkan urusan dan bukan menyusahkan. Selalu menjaga tutur kata, menggunakan tone yang sehabis lembut bila bercakap dengan insan2 mulia ini.. memanjatkan doa supaya mereka sentiasa diberi hidayah, dikasihani Allah dalam setiap perbuatan, sepertimana mereka tak pernah gagal mengasihani kita sejak kecil... kepada sahabat2 yang ibu/bapanya sudah dijemput ilahi- berapa banyak sudah amal2 yg kita lakukan untuk menjadi harta yang tak putus2 buat mereka?

“Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi anak kecil."
HR. Bukhari dan Abu Dawud.

Sebagai seorang isteri/suami- seharusnya kita bersedia menerima baik buruk, cacat dan cela pasangan yang Allah kurniakan.. berhenti merungut tentang kekurangan mereka kerana yang pasti, kita juga mempunyai kelemahan yang tak terhitung banyaknya. At times, tanpa kita sedar, kekurangan itulah sebenarnya yang melengkapkan dan menjadikan kita sempurna. Jadilah seorang yang menghormati dan menyayangi pasangan kita seadanya.. Don’t be shy to show your love. If ada salah kita, jangan malu atau ego untuk meminta maaf even anda seorang suami, kerana kita takkan sesekali miskin dengan mengungkapkan maaf, tapi for sure kita akan ‘ kaya’ hanya dengan merendah diri dan memberi maaf..insyaAllah..

“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia. Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad,” (Riwayat Bukhari)

Seorang doktor..hmm..what can I say. Before this, selalu saya ty pada diri sendiri- why, why and why saya nak jadi seorang doktor? Tapi Alhamdulillah, jawapannya semakin jelas kini. Tuntutan kerjaya ini bukan sekadar complete history taking, perfect physical examination, exact diagnosis dan bombastic management, tetapi berkali2 ganda penting dan banyak dari itu.. kepercayaan, penghormatan yang diberikan oleh masyarakat terhadap profession ini sememangnya sangat membuatkan saya terharu, terutamanya sejak bertugas di HSHK. Mulakan hari dengan niat yang betul before ke hospital- untuk berbuat baik sesame manusia dan mencari rezeki yang halal.. Sabar dengan kerenah pesakit, staf yang terkadang mendatangkan migraine dan aura marah. Senyum, sebarkan salam kepada sesiapa sahaja tanpa mengira darjat. Memudahkan urusan sesama rakan sekerja, saling tolong menolong tanpa berkira selagi mampu, kerana disitulah lahirnya keberkatan dari Allah, dan kenikmatan sebenar hasil dari team work yang cemerlang.. dan akhirnya, mendoakan kesihatan pesakit2 dan semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik dalam membuat keputusan management pesakit..

“ Seseorang itu tidak akan merasai kemanisan iman sehinggalah dia mengasihi seseorang hanya kerana Allah, sehinggalah dicampak ke dalam api lebih disukainya daripada kembali kufur selepas Allah menyelamatkannya; dan sehinggalah Allah dan Rasulnya lebih dia cintai berbanding yang lain daripada kedua-duanya.” -Hadis riwayat al-Bukhari-

Akhirnya sebagai hamba Allah...sejauh mana kita bersyukur dengan segala kenikmatan, kesenangan yang Allah kurniakan dalam kita sedar atau tidak sepanjang hayat ini?? Redhalah dengan segala ujian, musibah yang menimpa yang pastinya, ada hikmah dan kasih sayang Allah yang datang bersamanya. Sentiasa muhasabah diri, berapa banyak kita mengingati Allah dalam hembusan nafas sehari2, ketika duduk dan berdiri, yang segalanya berlaku hanya dengan izin-Nya jua.. Mematuhi suruhanNya dan menjauhi laranganNya, tanpa jemu. Saya akui, sebagai hamba yang penuh hina, sudah pasti banyak kali kita tergelincir dari melakukan peranan yang satu ini.. Tapi ingatla, masuknya kita ke dalam syurga bukan kerana diri ini suci dari dosa- kerana itu xkan berlaku, tapi kerana kita sentiasa kembali kepadanya setelah berbuat dosa, tidak putus2 memohon keampunan , menghina diri di hadapan Allah, tawadhuk dan sujud dengan penuh rendah diri dengan airmata keinsafan yang mampu mengharamkan api neraka mendekati tubuh ini...

“Dua biji mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka – iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang celik kerana berjaga-jaga ketika berjuang pada jalan Allah.” – Hadis sahih Imam Tirmizi sampai kepada Ibnu Abbas.
“Apakah kamu mengira bahawasanya Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maha tinggi Allah Raja Yang Maha benar. Tiada sesembahan -yang benar- kecuali Dia, Rabb Yang memiliki Arsy yang mulia.” (QS. al-Mu’minun: 115-116).

Secara jujurnya, saya takut nak mengulas tentang perkara ni. Rasa seperti hipokrit pun ada. Sebetulnya, banyak kelemahan saya dlm memainkan peranan2 dalam hidup. Tapi saya sedar, diri ini bukan maksum, stiasa buat silap, selalu tersalah langkah- and the most precious thing yang mengiringi all the mistakes- LESSON.. yang tak dapat tidak mesti dikongsi dengan sahabat2 yang sangat saya sayang!!