Sunday, April 20, 2008

10 hari di Aceh- A 1st class journey (part one)

“ Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar,”
Al-Baqarah ; 155


Pertama kali membuka mata menatap bumi Aceh, tiada apa yang luar biasa dapat dilihat. Bas yang bergerak sederhana laju dengan bunyi hon yang riuh kedengaran membolehkan kawasan kampung yang dilalui untuk ke banda Aceh diamati. Mujurlah pemandu bas yang berada benar2 dihadapan saya dan seorang sahabat duduk sangat peramah dan mengatakan yg ini bukan aceh lagi. 2 hours to go..

Setelah hampir 12 jam terpaksa menahan hidung dan mengharapkan paru2 ni masih bertahan dengan asap rokok dari pemandu dan pembantunya, barulah bas masuk menyusuri stesen bas di Banda Aceh. Waktu tu berdebar pun ada. Berhenti saja bas, kelihatan bebarapa pemuda muncul di muka pintu bas sambil berteriak, ‘USM Malaysia ! USM Malaysia !” aahh, tu mesti student Universitas Syiah Kuala yang memang sudah berjanji untuk menjemput team kami yang seramai 14 orang. Di situlah baru kami lihat wajah Wanda (yg kami sangkakan wanita) dan Maulana Ehsan yang selama ini hanya berurusan melalui email selama hampir 3 bulan. Alhamdulillah, mereka masih seperti di dalam email- helpful dan sangat peramah- syukran kalian!!

Barang2- ubat2an, makanan, alat2an mobile clinic, cenderahati untuk anak2 yatim yang setelah di packed dalam 15 kotak yang sebesar tv 21 inci setiap satu itu diangkut ke 3 buah kereta. Dari situ kami bertolak ke Universitas Syiah Kuala yang terletak hampir 15 min dari stesen bas. Menaiki kereta yang pemandunya Wanda tidak melepaskan peluang saya untuk bertanya itu dan ini berkenaan Aceh. Wanda juga suka melayan kami. Melalui Masji Raya Baiturrahman, ’Inilah masjid kebanggaan kami!’ ya, memang indah.. Lebih indah dari dalam majalah! Allahuakbar!

Sejujurnya, saya tidak berapa selesa bila diberitahu akan terus ke Universitas memandangkan gigi pun masih belum digosok. Tapi, apabila masuk saja ke pintu pagar Universitas, mata saya terpaku melihat sekeliling. Bagai x percaya bila diberitahu itulah universiti mereka. Ada bangunan yang kesan roboh dan frankly speaking, lebih daif dari sekolah rendah di Malaysia!! Betapa tabahnya mereka..

Masuk ke Fakultas Kedoktoran, kami dijemput oleh wajah2 yang mengukir senyuman. Saya tahu senyuman itu ikhlas. Kami x kenal mereka (berkot hijau dan bertudung labuh bagi wanita), tapi sangat mudah untuk mereka memegang belakang saya untuk ke dewan di tinkat atas. Berdiri bola roma saya. Betapa x bersedianya kami sehingga seorang dari sahabat muslimin hanya memakai selipar-x sempat pakai kasut ke majlis itu.

TERHARU !! That’s the best word. Banner yg tertulis ‘Selamat Datang’ tergantung kemas di hadapan pentas. Bukan sedikit masa dan tenaga yang diperlukan untuk buat persiapan majlis menyambut ketibaan kami. Betapa bersalah rasa di hati. Saya tiada hak untuk berasa x selesa ke majlis tu setelah apa yg telah mrk sediakan untk kami.

Setelah mendaftar dan mendptkan nametag yg tertulis nama kami, kami sekali lagi dijemput dgn senyuman dan wajah2 yg manis dri lebih kurang 50 orang pelajar yg berbaju kot hijau. Bukan shj manis, mereka ternyata ramah sekali. Walau itu pertama kali kami bertemu, rasanya seperti sdh jdi kawan baik..Alhamdulillah..

Selepas 3 ucapn yg ringkas tapi cukup bermakna,kami mula menjamu selera. Itulah pertama kali sy merasa ‘risol’-kuih Aceh yg x terkira lazatnya..Majlis berakhir dgn sesi bergambar yg xkan sya lupa selama-lamanya..insyaAllah.. Dari situ, hati ini semakin yakin bahawa baki 9 hari yg akan sy lalui nanti bakal menjadi sejarah hidup yg amat bermakna..dan ia terbukti!!

Bersambung…

1 comment:

Abe Chik said...

maso mulo2 tengok wanda ngan maulana (student leader kt sana), ingatkan duo orang tu bdak yg amik upah angkut bagasi. so sy buat2 tak nampak & x layan diorang.... sori, wanda & maulana. hope x amik hati.