Wednesday, April 23, 2008

10 hari di Aceh- A 1st class journey (part three) - Rumah Cinta yang sarat dengan cintanya

Assalamualaikum wbt

Petang tadi sy sempat menghadirkan diri ke meeting adik2 2nd year yg bercadang ke Aceh untuk elektif tahun depan. Walaupun saya tahu bukan banyak yang boleh dibantu, tapi insyaAllah berdasarkan pengalaman yg ada, saya harap ada yg dapt disumbangkan. Tak banyak, mungkin sedikit.

Perjumpaan tadi sebenarnya semakin menyuburkan kerinduan saya pada Aceh. Ya, saya rindu setiap sesuatu yg ada di Aceh. Sahabat2 UNSYIAH, pantainya yg indah, senyuman rakyatnya, dan paling penting, anak2 di Rumah Cinta yg banyak mengajar saya erti kasih-sayang, pengharapan dan penyerahan. Untuk part three ni, saya akan bercerita tentang mereka; anak-anak Aceh yg solehah.

“Treat not the orphans with harshness…” (Ad-Dhuha: 9)



Saya masih ingat, sesampainya kami di Rumah Cinta, rasa ada satu perasaan yang istimewa. Kami difahamkan terdapat lebih kurang 30 orang anak yatim yg menginap di Rumah Anak Yatim Darul Aytam (Rumah Cinta). Kecil saja rumahnya, tapi comel. Baru melangkah masuk ke pintu utama, beberapa orang kanak2 yg berusia kira2 5 tahun meluru ke arah kami, mengambil beg di tangan kami, dan terus memegang tangan kami.

“Akak, nama akak siapa?” Berkali2 suara comel itu bertanya. Saya yg kelu sb terkejut dengan kemesraan yg anak2 tunjukkan. Mereka seperti membuka hati seluas2nya untuk menerima kami. Seperti sudah menganggap kami ahli keluarga sendiri. Dan ini payah untuk dijumpai dlm diri anak2 di Malaysia..

Masa yg kami lalui bersama rasa seperti terlalu singkat. Kekaguman saya terhadap anak2 ini sentiasa menunjukkan pola menaik.. Mereka begitu matang, jauh melebihi usia. Percakapan, tindak-tanduk, pemikiran mereka sangat luar biasa. Jika ditanya pada kanak2 di Malaysia, apa nak jadi bila besar, jawapan mereka spt boleh diagak. Saya masih igt ketika sy berkesempatan mengajar kanak2 di kampung saya yang bakal menduduki UPSR tentang cita2 mereka, jawapan mereka- doktor, guru, askar. Hanya ada seorang yg menjawab nak jadi raja =) Tapi untuk anak2 Aceh ini,; “ Cita-cita saya mahu mati syahid kak!” Waktu iti, saya kalah dengan mereka!

Rumah itu diselubungi kasih sayang yg melimpah ruah. Waktu kami balik dari menjalankan aktiviti di luar, kain2 yg kami jemur pada waktu pagi sudah terangkat dan sedia dilipat. Jika kami adameeting di waktu malam, balik sahaja tempat tidur sudah tersedia. Jika ada kelapangan, kami akan berkumpul bersama2, bergurau senda, menyanyi bersama, meihat adik2 menari dan banyak lagi. Kami tidur bersama,makan bersama, bercerita dan mendengar bersama2. Ya Allah. rindunya pada mereka!

Sebahagian besar daripada mereka adalah anak2 mangsa Tsunami. Mendengar cerita sedih mereka membuatkan saya sedar bahawa betapa kurangnya syukur saya terhadap nikmat yg telah lama saya nikmati. Menghayati ketabahan mereka memjadikan saya malu pada diri sendiri. Jika adik2 yang jauh lebih muda dari saya mampu REDHA dengan takdir mereka yg begitu hebat, mengapa saya perlu mengeluh hanya kerana masalah yang kecil?
Bila membandingkan dengan fenomena di Malaysia, saya cukup rungsing sebenarnya. Anak2 kita dididik dengan hiburan yang melampau, pengaruh pakaian yg sedari kecil menjolokkan mata, dan juga kemewahan. Lihat sahaja rancangan Tom Tom Bak. Sedih melihatkan adik2 yg disokong begitu hebat oleh ibu bapa dan para penonton untuk menyanyi, menari di khalayak ramai. Mungkin bukan semua yg begini tapi sangat sukar kini untuk mendidik anak2 dengan didikan yang sewajarnya.

Tak inginkah kita melihat generasi akan datang yang mantap akidah dan kuat penghayatan Islam? Saya cukup tersentuh hati melihat air mata adik Nadia dalam rancangan Pildacil. Rancangan ini dianjurkan oleh satu stesen TV di Indonesia dalam usaha pencarian da’i-da’I kecil. Kontra sekali dengan apa yg berlaku di negara yg begitu bersungguh2 mencari bakat2 baru dalam bidang nyanyian.

Tulisan ini terhasil bukan sekadar untuk mengkritik, apatah lagi mencari silap kerajaan semata. Tapi kita seharusnya sudah mula berfikir secara kritikal dalam menilai apa yang berlaku di sekeliling kita. Jangan sekadar mengikuti arus, takut2 nanti kita turut sama tenggelam bersamanya. Berfikirlah, nilailah dengan bijaksana dengan berlandaskan kesedaran bahawa apa2 sahaja yg kita lakukan, fikirkan hendaklah tidak dapat tidak, mesti mengikut apa yang Allah swt perintahkan. Kerana bumi ini milikNya, oksigen yg dihirup saban hari ini diberi percuma olehNya. Jika kita angkuh dalam merencanakan apa yg kita mahu tanpa mengikut peraturan yg ditetapkan, bukankah tidak bersyukur namanya?

Buat anak2 Aceh yang tercinta- Iras, Maulidar, Marliana, Sari, Dik Nor, Dik Yani, Dedek,Harum, dan semuanya- segala tawa, air mata, kasih sayang yang kita kongsi selama kami berada di sana sgt mustahil untuk dilupakan. Terima kasih kerana banyak mengajar kami dalam menilai erti hidup yang sebenar. Terkadang saya terfikir, adakah mereka di sana yang ditimpa musibah yang sebenar, ataupun kita di sini yang tenggelam dalam kewewahan, keamanan yang sementara ini?

No comments: