Sunday, April 27, 2008

Dalam DILEMA


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya berkesempatan hadir ke kelas Tasawwuf petang semalam. Pada mulanya, agak berat diri untuk pergi, memandangkan sakit kepala yang sejak kebelakangan ni asyik menguji, tetapi dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah, ditakdirkan di surau murni juga jasad saya semalam.

Pada petang semalam, K Nur menghuraikan tentang ‘menzalimi diri sendiri dalam tidak sedar’. Hmm..bagaimana ye? Berulang kali K Nur ulangi ayat itu. K Nur membuka panggung dengan analogi exam. Setiap kali, pada awal posting or awal semester, kita seringkali lalai, lupa, malas study, enjoy, habiskan masa dengan perkara x patut. The last thing we will do is STUDY at that time. Tapi, bila da dekat exam, kita juga yang tertekan, rasa putus asa, menyesal dan sebagainya.. Kita sebenarnya x wajar nak salahkan sesiapa memandangkan kitalah yang memilih jalan itu sejak awal lagi. Inilah yang dinamakan menzalimi diri sendiri dalam x sedar. Hmm..kena batang hidung sendiri sebenarnya! =)

Bila difikirkan semula, itu baru contoh di dunia. Bagaimana pula dengan contoh untuk akhirat kelak? Adakah kita sedang melalui proses menzalimi diri sendiri pada waktu ini?

Dalam kita tidak sedar, sebenarnya kta sentiasa berada dalam dilema saban hari. Dilema sama ada mahu menurut nafsu atau Allah. Pilihan itu sentiasa ada dalam perbuatan, pemikiran dan niat kita. Pada waktu itu, hanya akal, ilmu dan iman yang akan memandu kita dalam membuat pilihan yang betul. Jika kita memilih nafsu, maka jadilah kita hamba kepad nafsu. Namun jika Allah pilihan kita, maka berbahagialah kita kerana menjadi hamba kepada Allah.


“ Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang2 yang melampaui batas,”

(Ayat 55, surah Al-A’raf)

K Nur juga menyebut tentang betapa penyayangnya Allah. Sebanyak mana pun kita berdosa, berdoa, bertaubatlah, dan Allah akan mengampunkan kita. Jangan sesekali putus asa dengan rahmat dan keampunan Allah. Kita ni hanyalah manusia biasa, x lepas dari melakukan dosa. Nafsu yg dikurniakan oleh Allah ini sering menguji keimanan kita. Mulianya kita jika mampu mengalahkan nafsu tersebut dan memenangkan Allah! So sahabat2, marilah kita sama2 mujahadah melawan hawa nafsu. Jangan biarkan syaitan durjana ketawakan kita. Jangan biarkan mereka gembira kerana semakin ramai menjadi pengikut mereka seterusnya menjadi peneman mereka di nerakan jahanam! Na’uzubillah!!

Sabar! Sabar! Sabarlah dalam mentaati perintah Allah walaupun kita tidak senanginya. Tak cukupkah lagikah untuk kita melihat kebesaran Allah dalam setiap sesuatu yang ada di sekeliling? X perlu pergi jauh, cukuplah sekadar melihat kebesaran Allah pada diri sendiri. Benarkanlah hati untuk menerima apa sahaja daripada Allah swt dan Rasulullah saw..Jangan takut untuk berhijrah, kerana balasannya jannah.. Xteringinkah di hati kita untuk bertemu Rasulullah, Saidina Abu Bakar, Umar dan sahabat2 yang lainnya di syurga nan indah? Ya Allah, izinkanlah kami bertemu mereka!! Jom berlaku ADIL pada diri sendiri!

No comments: