Sunday, May 4, 2008

Ada Apa Dengan UMI?




Assalamualaikum wbt
Bila bercakap tntang harapan,impian dan pengorbanan, wajah umi terus terbayang di mata.Bila dengar alunan lagu & mengamati senikata lagu "My Mum Is Amazing" nyanyian Zain Bhikha,dalam hati berkata dgn yakinnya- Itulah UMI! Inspirasi sy yang x putus2 menjadi tulang belakang sy sejak kecil hingga da besar panjang ni..

Bila igtkan umi ketika sy di tadika,rs nak tergelak pun ada.UMI sy gambarkn seorg yg garang waktu tu..Nak buat ni xbleh, nak buat tu x bleh.Buat salah sket, sure ada hukumannya. Tapi di sebalik semua tu, bru sy sedar, kerana didikan itulah, sy dan adik membesar sehingga menjadi 'someone'..alhamdulillah
Kini, UMIlah ibu, rakan baik dan tempat rujukan sy apabila ada yang meresahkan hati.Umi seolah2 ada sixth sense utk mengesan yg anaknya ini ada masalah hanya dngn tone suara dn riak muka shj! Betapa 'amazing'nya umi!
UMI seorang yg amat mementingkan pelajaran kami adik-beradik.

"Anak2 umi kne blaja rajin2 ya. Umi x pandai,stkat STPM je.Umi x nak anak2 umi jd mcm umi-x masuk universiti.."kata2 UMI tu selalu mengundang air mata saya. Besarnya hrapan UMI pada kami. Tak hairanla jika UMI boleh menjd seorang yg sgt bermotivasi. Saya masih ingat di waktu kami di sekolah menengah bila mana UMI sanggup tersengguk2 tdo di dalam kereta bertemankan nyamuk semata2 menunggu kami balik tusyen pd waktu malam. UMI jga sanggup berjaga malam bersama kami yg study utk SPM & PMR. Masih terasa keenakan milo n biskut keping yg disediakan umi utk mengalas perut kami..Terima kasih UMI!
PMR,SPM dan matrik berlalu.. alhamdulillah, kemurahan rezeki kurniaan Allah yg saya dpt dalam pelajaran sgt mengembirakan UMI.Masih terbayang keseronokan dan air mata UMI ketika sy terima result SPM & matrikulasi..menjadi seorang doktor jg adalah impian UMI buat anak2nya. InsyaAllah akan sy realisasikan buat UMI.

Dan pada 9 Mei ni, genaplah umur UMI 45 tahun.Walaupun setiap tahun tarikh itu kami celebrate sekeluarga, namun ini x bermakna UMI hanya dihargai pada hari itu. UMI adalah insan istimewa every 24 hours of my days! Sejauh manapun UMI dari saya (tak jauh sgt pun..),kasih sayang UMI sentiasa saya rasai..

Terima kasih UMI atas kasih,cinta,sayang umi slama ini. Terima kasih kerana terima kebaikan dan keburukan anakmu ni.

Tulisan ini terhasil bukan semata2 nak memuji UMI buat tatapan para sahabt..tapi untuk kita lebih bersyukur dgn adanya seorang manusia yang bergelar umi, ibu, mummy or mak. Saya yakin ibu sahabat2 juga se'amazing' UMI saya. Tinggal lagi yg membezakan ialah sejauh mana kita mensyukuri kehadiran insan yg tulus murni ni. Bersyukurlah!! Berbakti pdnya selagi mereka hidup. Jika Allah lebih sygkan mereka dgn menjemput mereka terlebih dahulu, berusahalah untk jd soleh dan solehah..jadilah harta yg x putus2 buat mereka..

2 comments:

Abe Chik said...

sy pn ada seorang ibu jugak. tp tau tau nk cerita mcm mn sebab tiada perkataan yg dpt menggambarkan kehebatan peribadinya......

jarifham said...

faham2..kami da pnah jupo ibu abe chik..