Wednesday, May 14, 2008

jadilah hamba yang adil

Assalamualaikum wbt

Dalam seminggu kebelakangan ni, banyak yg mengisi diari USMKK. Isu petempatan, kejutan result Pro3, dan kejutan lagi result Pro1. Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah kepada senior 2 yg dah pun mendapat title doktor. Moga Allah berkati dan redhai setiap perjalanan kalian sebelum, semasa dan selepas pro3 yg lalu. Selepas 5 tahun mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawb yg bukan mudah ni, barulah kalian tiba di medan sebenar.. Moga kalian bukan saja cermerlang sebagai doktor perubatan, tetapi juga berperanan sbg 'doktor muslim'. InsyaAllah..

Tahniah juga diucapkan buat adik2 yg berjaya di pro1 yg lalu.. Selamat datang ke fasa 2. Saya yakin, adik2 akan semakin meminati medicine slpas ini. Kita sebenarnya agak terpana dgn jumlah pelajar2 yg gagal yg sememangnya memecah rekod. Ia menjadi topik hangat yg meniti di bibir2 students. Di Voice Of Islam jg agak giat membincangkan topik ini.. Berbagai2 pendapat yg boleh kita baca. Sememangnya pelajar2 di USMKK sgt concern akan masalah ni. Pelbagai cadngan yg diusulkan-giatkan nadi, aktifkan breifing, sehingga ada yg mencadangkan menukar sistem kurikulum pusat pengajian.. Frankly, hati saya agak terkesan ble terdgr cakap2 dan komen2 yg saya rsakan tidak adil. Ini bukanlah masanya untuk kita menuding jari ke pihak2 tertentu. Menyatakan pihak ni silap, pihak tu tk buat kerja. Tapi inilah waktu yg paling tepat untk kita sama2 berfikr, kesan masalah dan sama2 memikirkan jalan penyelesaian tanpa prejudis terhadap mana2 pihak.

Serngkali sampai di telinga, atau melalui pembacaan di blog sahabat2, mengatakan yg MPP tak jalankan tanggungjwb. Sungguh tak adil. Salah seorang sahabat rapat sy juga MPP. Saya tahu betapa banyak sudah usaha mereka untuk menjga kebajikan, membela nasib students. Dari isu JPA sehingga petempatan. Sehingga mengorbankan akademik dan kebajikan sendiri.. Kita sebagai mahasiswa yg bijak harus lebih sensitif dan kritikal dalam menilai sesuatu perkara. Jangan bercakap kerana emosi or dipengaruhi sb2 tertentu. Ingat, setiap perkataan, perbuatan di dunia ini xkan terlepas dari balasan Allah di hari perhitungan kelak. Saya ni bukanlah duta MPP, tapi cukuplah seorang hamba Allah yg merasakan yg every person deserved to be treated as a human being..at least!

Firman Allah swt yg ertinya,

"Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari2 kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

(Al-Hujurat:12)

No comments: