Thursday, June 5, 2008

Muliakan Diri Dengan Islam

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, kerana masih mengizinkan saya menikmati nikmat iman dan Islam yg tiada bandingannya. Masih memberi kesihatan yg baik di mana sistem2 badan still berfungsi seperti yg disuratkan.
Syukur juga kepada Allah swt, saya diberi peluang untuk menghabiskan masa cuti selama 4 minggu di Hospital Klang untuk elektif. Walaupun saya rs sgt tidak layak untuk lulus semua posting 4th year berdasarkan ilmu dan usaha yg telah sy curahkan, tapi bila difikirkan kembali, saya yakin setiap perancangan Allah ada hikmahnya..
Menghabiskan masa setelah hampir 2 minggu di bandaraya besar sebenarnya merupakan pengalaman baru bagi saya. Jika di kampung saya, pukul 10 malam sudah sunyi sepi. Kadang2 je dengar bunyi motor2 anak muda kampung. Tapi di sini, kereta x putus2 24 hours.. Berjalan2 di KL juga agak asing untuk saya. X putus2 sy beristighfar melihat gelagat dan pakaian warga kota. Dari chow kit road hingga ke komuter, bermacm fesyen baju dan gelagat yg memualkan yg sya jumpa. Kalau sebelum ni sy hanya tengok di TV, sekarang live di depan mata. Adakah sy yang kolot, ketinggalan zaman, or mereka yg terlebih moden? Moga mereka diberi hidayah..
Perkara2 sebegini sebenarnya mejadikan sya sangat bersyukur. Betapa Allah sayangkan saya, dipilih saya untuk menerima hidayahNya yg x ternilai nikmatnya. Bila menyoroti kembali kehidupan saya yg hampir 23 tahun ni, terasa kagum dengan perancangan Allah swt yg sgt cantik, sngt teliti. Saya juga pernah melalui zaman jahiliyah di mana sedikitnya ilmu agama di dada. Namun, seperti yg saya katakan tadi, Allah swt sgt menyayangi saya. Pelbagai perkara, peristiwa berlaku dalam hidup ni, sehingga suatu masa, satu perubahan besar berlaku dalam hidup saya. Satu turning point yg menjadikan sy seorang yg baru!
Jika dulu rasa kerasnya hati ni nak terima kebenaran, ada sahaja alasan untuk menafikan kebenaran yg sampai ke telinga.. Tapi dengan izin Allah, akur juga hati sya yang penuh dosa ni dengan kekuasaan, keagungan Allah swt. Alhamdulillah..Tapi penghijrahan ni sudah semestinya bukan mudah. Kalau mudah, hilanglah kemanisannya..ye tak? Kerana pertolongan Allah, saya masih di sini.. Dengan belas kasihan Allah, saya merasakan diri saya semakin mulia hanya dengan mengamalkan Islam..
Namun begitu, ada hakikat yg perlu saya terima. Dengan semakin banyak saya tahu, saya sedar, semakin banyak, besar tanggungjwab saya sebenarnya.. Tanggungjawab untuk menyedarkan ummah tentang kemuliaan seseorang hamba di sisi Allah hnya dengan takwa dan bukannya yg lain sememangnya payah. Tapi itulah yg perlu kita buat, usahakan. Kalau ada antara kita yg masih liat, malas atau yg lebih parah, x sedar pun tentang tuntutan ni, cepat2lah bangun dr mimpi yg panjang! Curahkan apa yg termampu untuk pembangunan ummah. Jgn dok sibuk menuding jari, salah org tu, org ni, puak tu x buat keje, yg ni makan gaji buta.. Tanya diri dulu, apa yg dah diri sumbangkan. InsyaAllah, setiap duit, usaha, masa yg kita korbankan untuk jalan ni akan dapat ganjaran yg x terkira di sisi Allah. So sahabat2, ikhlaskan niat, n start working!!

1 comment:

DIYANA said...

subhanallah
terjumpa gak akak dgn blog adik ni :)
rindu sangat2 kat adik2 semua...

alhamdulillah kan adik, apabila Allah memberi hidayahNya kepada kita..ketenangan dan bahagia yang memuncak..tp untuk menjaga satu hadiah ternilai itu amatlah payah..dan kerana itu, kepada Dia jualah kita minta pertolongan...

Ya Muqallibal quluub tsabbit quluubana 'ala deenik