Monday, April 21, 2008

10 hari di Aceh- A 1st class journey (part two)


Sesudah selesai berkenalan superficially & bergambar bersama mereka, kami dibawa ke sebuah rumah yg secara kebetulannya sedng adakan kenduri. Di situ jgalah kami pertama kali berjumpa dengn Kak Tifa- wanita yg byk sy belajar darinya. Kami difahamkan bhw K Tifa adalah penjaga di rumah Anak-anak Yatim Darul Aytam- tempat yg bakal kami muslimat berteduh sepnjg 10 hari di bumi bertuah ini. Dari riak mukanya yg tenang dan senyuman yg sukar digambarkn manisnya, terasa diri ini sgt dialu2kan. Begitu jg dengan para tetamu di kenduri tersebut. Semuanya seolah2 begitu gembira menerima kehadiran kami.Alhamdulillah....dan as usual, di sana kami makan lagi..
Sejujurnya, sememangnya payah lidah ni nak adapt dgn makanan di sana. Tapi seharusnya sy bersyukur dgn rezeki kurniaan Allah itu. Pastinya mereka jg begitu jika merasa makanan kelantan yg kaya dgn 'kemanisannya'
Kami dihantar pulang oleh seisi tetamu dgn hujanan ucapan terima kasih. Sebetulnya, kami yg seharusnya berterima kasih..Terima kasih kerana menerima kami dgn kasih sayang yg sukar kami lupakan!
"Terima kasih ya Tifa.,kerna membawa tamu jauh dari Malaysia..Semoga anak-anakku menjadi solehah seperti ustazah2 ini.." Di saat itu, seolah2 ada sesuatu yg obstructed di oesophagus dan trachea..Ya Allah, banyaknya dosa kami....

Bersambung

No comments: