Tuesday, April 22, 2008

Manisnya IMAN....

Daripada Abu Hurairah r.a.,bahawasanya Rasulullah saw pernah bersabda,
"Allah swt berkata yg ertinya;
"Aku menurut keyakinan hamba-Ku dan Aku bersamanya tatkala (ia) mengingati-Ku. Apabila ia mengingati-Ku dengan dirinya, Aku mengingati dirinya dengan diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam keramaian, Aku akan mengingatinya dalam keramaian yang lebih baik. Apabila mendekati-Ku dengan sejengkal, Aku mendekatinya dengan sedepa. Apabila ia mendekati-Ku dengan sedepa, Aku mendekatinya dengan satu langkah. Dan apabila mendatangi-Ku dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari."
(Riwayat Bukhari)

Pejam celik,pejam celik, 3 minggu lagi tamatlah title saya sebagai pelajar perubatan tahun 4 (insyaAllah..) Bila difikirkan semula, rasa macam x percaya pun ada. Sewaktu saya memulakan kehidupan 4th year dlm posting orthopedic, seolah2 payah kaki ni nak melangkah ke depan. Stress, letih, x mampu, semuanya bercampur baur. Beberapa kali terlintas di fikiran untuk tukar course. Tapi alhamdulillah, perkara tu x terjadi..

Banyak saya belajar sebenarnya dalam menjalani kehidupan 4th year ni. Di samping memberi gambaran bagaimana kehidupan yg bakal sy tempuhi setelah bergelar doktor, paling penting Allah mentarbiyah saya dgn pelbagai ujian yg semakin hari semakin membuatkan saya merasai KEMANISAN IMAN.

Ujian Allah datangkan kepada sy dari setiap penjuru. Sampai satu tahap terasa seperti hilang tempat bergantung dan takut nak hadapi hari esok. Tapi sy lupa sebenarnya, Allah xkan menguji saya tanpa sebab. Allah itu maha penyayang, Dia sesekali xkan membuatkan hambaNya sedih dengan sia2. Saya sebenarnya yg buta dalam menilai kasih sayang Allah yg melimpah ruah.

“Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.”
Al-Fatihah:5

Saban hari, siang dan malam sy membaca ayat itu dalam solat dan doa.. tapi malangnya diri kerana saya x benar2 beriman kepada ayat itu.

Betapa magic ayat itu sebenarnya. Ia merupakan perjanjian seorang hamba dan penciptanya. Kerana itulah juga kita diciptakan,para Rasul diutuskan, kitab2 diturunkan, berdirinya pasar syurga dan pasar neraka, dipanjangkan jambatan neraka, ditegakkan timbangan amal, dibangkitkan makhluk daripada kuburnya dan diperlihatkan apa yang ada di hati.

Ia juga merupakan kebahagiaan dan keselamatan abadi.Tidak akan diperoleh redha Allah, rahmat, keampunan, maghfirah, pertolongan, hidayah-Nya kecuali dengan pengkhususan ibadah dan permintaan tolong pada Allah.

Berdosanya diri bila menyedari betapa lalai saya dlm menguatkan keyakinan terhadap kekuasaannya dalam merencana takdir saya. Seharusnya saya bersangka baik dengan Allah setelah segala nikmat yg sya perolehi. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih memberi kesempatan utk sedar. Mungkin kita sudah semakin jauh dariNya, lantas ditrunkan ujian untuk menjadikan kita akrab semula denganNya.. Betapa nikmatnya ujian sebenarnya!

Untuk diri dan para sahabat, jgn cepat mengeluh bila ditimpa masalah. Anggap segalanya sebagai ujian pengukur iman. Jadikan ianya berbaloi dengan mensyukuri segalanya dan cari hikmah d sebalik semua itu. Pasti ada! Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan kami lalai. Buangkan dalam fikiran, hati ini apa-apa sahaja yg boleh melunturkan rasa kasih, cinta padaMU!

No comments: