Monday, August 18, 2008

Alhamdulillah...

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg maha penyayang kerana masih menyayangi saya dengan memilih saya untuk merasai nikmat iman dan Islam. Ramai sbenarnye yg bertanyakan sbb sy masih x update blog ni. Macam2 sbenarnye yg menjadi penghalang untk saya menulis, namun alhamdulillah masih di beri kesempatan.

Seminggu sebelum cuti adalah minggu yg paling sibuk pernah saya alami. Paling menekan mungkin. AGM PSP dan exam berlaku pd masa yg sama. Walaupun waktu tu saya berada dalam posting psychiatry, dan sering dikatakan posting yg relaks, tapi itu bukan tiket untuk sy meninggalkan study. Sebetulnya, saya sangat stress. X tau apa yg harus diutamakan. Saya sgt meminati psychiatry, mungkin kerana itu sy kecewa krn x dapat buat yg terbaik. AGM PSP pada selasa malam, pagi nya saya exam. Dengan bekalan ilmu dr tahun 4 yg pastinya blum cukup, dan pelajaran waktu kelas, sy rasa mcm putus asa.

“ Akak, I’m lost!!”
“ Sabar la Ja, Allah kan ada..”

Conversation tu membuatkan sy berfikir panjang. Adakah kerana terlalu sibuk membuatkan sy lupa bahawa ada kuasa besar yang mengawal segalanya dlm hidup saya?


“ Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

(Al-Insyirah: 5-6)

Alhamdulillah, ia akhirnya seolah2 menjadi air yg menyiram segala bara di hati saya. Tenangnya rasa bila mana kita meyakini Allah akan membantu kita. Allah kan maha penyayang...


MENINGGALKAN PSP

Pertama kali diamanahkan menjadi setiausaha, saya agak kalut. Sepanjang 22 tahun hidup, x pernah saya menjadi s/u. Mungkin kerana sy seorang yang kurang sistematik. Tapi bila difikirkan lagi, Allah sbenarnya mengurniakan kebaikan kepada saya.

Setelah hampir setahun bekerja untuk PSP, semakin sayang sy pada PSP. Terima kasih kepada semua HICOM dan exco yang sgt berusaha untuk menggerakkan persatuan. Semoga segala wang, masa dan tenaga yg kita curahkan mendapat tempat di sisi Allah.

Malam AGM...what can I say. Firstly, alhamdulillah..akhirnya terlaksana juga. Seperti yg dibincangkan, agak panas sesi perbahasan laporan aktiviti dan akaun PSP. Pada awalnya saya agak terkejut, ternganga mungkin J Tapi xpe, PSP kan milik semua. Kami hanya dipilih oleh Allah untuk bekerja untuk persatuan. Cuma ada satu perkara yang sedikit memberi kesan di hati, iaitu bila mana seorang ahli mengatakan - ke wat masuk kocek sendiri? Saya menggeleng kepala berkali2. Sebak mungkin. Emotional sket malam tu. Namun saya pujuk diri sendiri. Allah Maha Tahu apa yg telah kami korbankan untuk persatuan. Allah Maha Adil..

Selesai AGM sy termenung skejap di meja tulis. Nak baca apa ya? Badan letih, mata mengantuk tapi banyak sangat yang tak stadi. Tup tup..saya dah lena di katil...

Buaian Rasa

Hendak tidur, tidurlah mata

Moga hilang nanti lelah di dada

Hendak lena, lena lah jiwa

Moga esok kan kembali ceria

Lama aku berjuang

Ku menempuh duri dan gelombang

Lama ku berpanas hujan

Moga ingin ku reguk sedikit kedamaian..

No comments: