Thursday, August 21, 2008

Dah Lama Tak Jatuh Cinta...

Assalamualaikum


Pernah sahabat2 rasa kosong? Rasa seperti x terisi. Something wrong somewhere bak kate Abe Chik...


“Dlm hiruk pikuk zaman..dengan suara2 manusia ketawa..Dan kejelekan mata mereka kpd kelurusan..Apakah yang tinggal utk seorang Mukmin kekal berada dalam iman? Hendak beribadah ia tdk dpt berlama-lama krn urusan dunia memanggilnya. Hendak mengingat Tuhan, khayalan diganggu bunyi-bunyian..Tentangan yang dihadapi bkn lagi zahir, bkn lagi pedang yang melibas leher sahabat2.. Tp tentangan yg terperangkap dlm diri sendiri..utk igt Tuhan perlu berusaha..tapi igt dunia terjadi dgn sendirinya…”


Seseorang pernah menghantar ayat2 di atas kpd saya. Saya x pasti sama ada ia syair atau kata2 sesiapa. Tapi yg pasti, sy mengakui kebenarannya.


Dah lama rasanya tak JATUH CINTA.. Gundah gulana rasa hati saya. Bila saya meluahkan kerisauan saya pd seorang sahabat,


” laa... biasalah tu jatuh cinta. Tu kan fitrah,”


Benar, mudah sgt nak jatuh cinta sesama makhluk. Tapi apa yg saya dambakan adalah perasaan yg terlalu indah di bawah lembayung cinta-NYA. Ya, saya dah lama tak jatuh cinta dengan Allah. Kalau ada pun mungkin bukan yg sebenar2Nya. Saya benci diri saya yang begitu..


Sudah lama mata saya kering tanpa air dingin yg gugur kerana takutkan azabNya. Jika sebelum ini saya boleh menangis berjam2 kerana takutkan balasanNya, kini nak menangis pun kena paksa!!


” Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutlah pada hari yang (ketika itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sungguh, janji Allah itu pasti benar, maka janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam (menanti) Allah.”

Surah Luqman (ayat 33)


Palpitation saya membacakan ayat itu. Saya takut tergolong dalam golongan itu. Na’uzubillah..


Saya rindu untuk menjadi seorang yang hanya memerlukan cinta Allah melebihi segalaNya. Di mana cinta itu sahaja sudah mampu untk menjadikan saya kuat menghadapi fitnah dunia. Cinta yang membuatkan sy mampu tenang malahan tersenyum walaupun ketika menerima dugaan. Kerana cinta itu, saya x perlu risau, takut lagi dengan manusia, atau apa shj ujian yg saya hadapi, kerana yakin bahawa Dia lah maha teliti dalam setiap rencanaNya.Dan dengan cinta itu jg, saya mampu untk menyerahkan 100% pengharapan saya kepadaNya tanpa ragu2. Ya Allah, benarkanlah diri ini merasa cintaMU!! Jom kita jatuh cinta!

3 comments:

Abe Chik said...
This comment has been removed by the author.
Abe Chik said...

caj quote kata2 saya: RM0.50 bg setiap huruf... klu enggan, jmpa kt court.

jarifham said...

ok, so sumenyo RM 1.50