Monday, July 21, 2008

Bila FITRAH jadi FITNAH !

Assalamualaikum wbt
Malam semalam, sewaktu dalam perjalanan pulang dari makan malam bersama kakak saya, sempat saya menangkap beberapa gelagat warga kampus. Dalam hujan yang turun renyai2, kelihatan beberapa pasangan yg sedang berjalan berbumbungkn satu payung. Macam dalam filem pulak. Romantik memang romantik, senyuman yg terukir pn menggambarkn betapa bahagianya mereka. Ye la kan, berjalan bersama kekasih di bawah satu bumbung, apa yg lebih membahagiakan?? Bagi mereka la..

Setelah 4 tahun lebih di USMKK, bil pasangan yg menceburi industri perkapalan ni semakin bercambah dengan pesatnya. Tambah lagi bila da naik sem baru ni, semakin ramai pasangn2 baru yg saya lihat. Figure yg x disangka2 pun ada.
Sahabat2 yg saya kasihi,

Fitrah semulajadi seorang manusia, ingin mencintai dan dicintai. Tipula kalo sy katakan yg saya tiada perasaan itu. Tapi alhamdulillah, Allah masih mengasihani saya. Kerana ini fitrah yg sgt suci, x salah untuk merasainya. Namun, seperti mana Allah yg maha bijaksana mencipta CINTA, Dia juga menciptakan PERATURAN CINTA. Bila mana manusia gagal mematuhi peraturan ni, maka pada waktu itu, Fitrah menjadi Fitnah!


Seringkali kita mendengar- Cinta Itu Buta. Macam mana ye? Cinta itu buta bila mana kita melanggar peraturan cinta yg telah Allah tetapkan. Hati semakin lalai, dalam solat juga asyik teringatkan si dia. X dapat msg or call dalam sehari dah jadi x tentu hala. Mungkin bukan semua, tapi inilah yg pernah diceritakn oleh sahabat yg pernah diuji. Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Di mana kemanisan cinta jika begitu??

" Mu x rasa lagi Ja perasaan ni.. Bila mu rasa, baru mu tau penangannya!" Seorang sahabat pernah mengucapkan itu kepada sy. Alhamdulillah, Allah sudah menyelamatknnya kembali.

Saya x nafikan, perasaan ni indah, rasa mcm dibuai2. Saya juga x nafikan, di sebalik sy mengulas perkara ni dengn yakinnya, saya juga mungkin akan diuji suatu hari nanti. Sering saya doa, semoga perasaan ni hadir dalam redha-Nya, pada waktu dan orang yg tepat. Dan saya yakin Allah akan bantu saya. Saya hanya hambaNya yg lemah..

Sahabat2 yg dihormati,

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Kepada adik2 dan sahabat2 yg sedang hanyut, wake up!!

Sabda Rasulullah saw, "Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya"

Kahwinla jika yakin dia adalah untuk kita. Jadikan istikharah sebagai rutin. Saya sgt respek kepada adik2 dan sahabat2 yg sudah kahwin. X kisahlah kalau baru 1st year dah kahwin, Allah maha tahu hati kita..

Yakinlah tiada keindahan dalam melanggar peraturan Allah. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-tempat pertama yang melahirkan cinta!

Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!





1 comment:

greenMANIA said...

ASSALAMUALAIKUM,

JA.... hmmm, lama tak jumpa,HOPE CHAT...entry yg bagus utk semua org baca n hayati

susah kan bila bicarakan ttg cinta....satu je ayat yg sesuai nak describe..one start, very difficult to stop!

sebab tu kita kena kuatkan iman utk hindari diri darinya...
semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan hidayahNYA(",)...