Monday, July 21, 2008

Bukan Sekadar Cuti..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, dgn izin Allah yang maha penyayang, diberi jg kelapangan masa untk hasilkan entry baru. Dalam hampir 2 bulan tanpa entry baru ni, banyak sebenarnya event2 besar yg berlaku dalam hidup saya.

Cuti yang lalu antara yg paling bermakna dalam hidup saya. Bukan mudah nak mencari masa untuk kami lima beradik berada di bawah bumbung yang sama. Hanya 2x setahun; hari raya dan cuti akhir semester. Walaupun saya hanya berpeluang bersama mereka seminggu sahaja disebabkan elektif, saya tetap bersyukur, itulah rezeki saya. Rumah yang lengang sebelum ni, boleh menjadi sesak dengan sekelip mata walaupun kami hanya 7 beranak.

Semakin adik2 saya meningkat dewasa, saya semakin rungsing sebenarnya. Terutamanya kpd dua hero saya; abe (19 thn) dan adik (13thn). Takut sangat jika mereka berubah. Namun alhamdulillah, mereka masih seperti dulu. Masih adik2 yang manja dan mampu menerima leteran =)
Adik yang merenung masa depan

Baki seminggu cuti, hanya tinggal umi, abah, saya dan adik saja di rumah. Barulah saya tahu betapa susahnya menjadi seorang suri rumah. Mengemas rumah, memasak, basuh baju dah menjadi rutin saya selama seminggu. Jika sebelum ni, ramai yg anggap ‘profession’ ni mudah, better fikir sekali lagi. Bila dah melalui baru tahu. Terfikir saya, tu baru seminggu, umi saya sudah 25 tahun melaluinya. Walau x popular, tapi sangat2 penting. Sepatutnya bukan digelar suri rumah, tapi ‘pengurus rumah’ or ‘ house manager’. So, selagi ada masa, bantulah meringankan beban ibu kita. Semakin lama, semakin berminat pula dengan profession ni. Maybe jika tak jadi doctor, saya akan jadi ‘pengurus rumah’!

Cuti ini juga, saya berpeluang menghabiskan dua buah novel karangan Mitch Albom; ‘Tuesday with Morrie’ dan ‘For One More Day’. Novelnya nipis saja, hanya setebal hampir 200 m/s. Saya pernah membaca ‘Tuesday with Morrie’ ketika di tahun 3. Bahasanya mudah difahami dan setiap perkataan sgt bermakna. Hampir 2 tahun meninggalkan Morrie, kami ‘bertemu’ lagi di Kinokuniya, KLCC. Saya kata pd seorang sahabat, “ Buku ni mesti dibaca!” Kami pun ambil keputusan untuk menghadiahkan buku sesama sendiri. Saya menghadiahkannya Morrie, dia pula membelikan “For One More Day’ pada saya. Walaupun perbezaan harga hanya beberapa sen, sentimental value tu penting! Sebelum ni saya x berapa yakin untuk membaca buku BI, tapi alhamdulillah, tidak salah kalo mencuba.

Secara ringkasnya. ‘Tuesdays With Morrie’ mengisahkan bagaimana penulis; Mitch Albom melalui masa yg sgt berharga bersama bekas pensyarahnya Morrie setelah lama berpisah. Bezanya, Morrie yg dulunya sihat, kini sedang menjalani hari2 terakhirnya setelah didiagnose menghidap Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS)- a degenerative disease of neurological system. Pertemuaan mereka setiap Selasa sbenarnya memenuhi permintaan Morrie yg ingin menyiapkan thesisnya yg terakhir- his life’s greatest lesson.
Antara kata2 Morrie yg bermakna ialah apabila beliau bercakap ttg keluarga

“ Whenever people ask me about having children or not having children, I never tell them what to do,” Morrie said now, looking at a photo of his oldest son. “ I simply say, ‘There is no substitute for it. You cannot do it with a friend. You cannot do it with a lover. If you want the experience of having complete responsibility for another human being, and to learn how to love and bond in the deepest way, then you should have children.”

Mungkin itulah yg ibubapa kita rasa sehingga segalanya sanggup dikorbankan demi kita!

‘For One More Day’ pula membuatkn saya lebih menyayangi dan menghargai Umi! Buku ini berpanji pada perbualan penulis dengan Charles Benetto, seorang ahli sukan yg hilang segalanya setelah kematian ibunya. Penyelasan krn gagal berbakti untuk ibunya menyelubungi harinya sehingga Charles hampir brputus asa untk hidup. Luckily, dia diberi sehari extra bersama ibunya (di alam maya) hy untk mengatakan betapa dia menyayangi beliau. Memang agak x lojik, tapi penceritaan dibuat dengn begitu baik sehingga setiap rasa yg ingin disampaikn oleh penulis berbekas di hati saya.

For sure, kita xkan mampu membalas jasa, kasih sayang ibu kita seperti mana yang telah mereka curahkan. But, mereka layak untuk setiap yg terbaik dari kita. So sahabat2, jgn malu jgn segan untk menyatakn rasa cinta pada ibu kita. Kalo ngan gewe, betapa murahnya perkataan tu terzahir di bibir, apatah lagi dgn ibu!

No comments: