Friday, May 15, 2009

Semoga Thabat


Ada orang..
dulu hidup penuh jahiliyyah, bila tersedar terus ligat sana sini ingin berdakwah.
bukan apa, bukti syukur dan sayang ummat.

Ada orang..
sayang dakwah tapi masih cintakan jahiliyyah
bukan apa, kene tadarruj
tapi mujur amal dakwi masih meneguhkan dia disini.

Ada orang..
sedap memberi ceramah
liqa’nya menarik dan menolak
bukan apa, banyak ilmu ditimba dan luas pengalaman di medan
tapi sayang, ghurur dan ujub menguasai diri,
takut-takut nanti tergelincir di tengah jalan.
Ada orang..
di mana dauroh di situ mukanya
di mana mukhayyam di situl dia
di mana mabit disitu tidurnya
kemana sahaja pasti ada dia
tidak perlukan dia pun masih ada dia
bukan apa, sayang sangat pada tarbiyyah
tapi sayang di medan longlai dan lesu
ke sana kemari hanya kerana suka
juga kerana semangat berpersatuan.

Ada orang..
dulu ligat
kereta hijau di belasah sekuat mungkin
bilik-bilik kosong digegarkan dengan liqo’
surau-surau menjadi saksi pertemuan kasih
tapi sayang
segalanya hanya sejarah
tapi mengapa?

Ada orang..

Ada orang..

Ada orang..

Jangan lupa kita juga orang..

Jangan lupa hidayah bukan milik orang..

Tentunya Allahlah yang memilih orang..

Adakah kita layak?

Untuk dipilih dan terus dipilih.

Satu langkah ke arah mungkar, akan ditambah beberapa langkah lagi.

Bila berpaling ke belakang sudah jauh berjalan rupanya.

Tapi tika dan saat itu, takut sudah letih berjalan untuk berpatah balik.

Jadi AWASI syaiton sekeliling!

Gigit kuat-kuat hidayah ini..
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

(7:175)

Andai kau buka pakaian tarbiyyah ini

Syaiton menerkam memeluk kau erat!

Siapa rugi?
إِلَّا تَنفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(9:39)

Tak pa
pergilah jauh-jauh
seandainya hidup dunia itu ko pilih
pastinya dakwah ini ada penggantinya.

Jika bukan kita

Orang lain..

Coretan ; Almuhandisi

6 comments:

Syauqah Solehah said...

Assalamualaikum, kak ja. Semoga kita dipilih sebagai hamba-hamba Allah yang dikurniakan hidayah. InsyaAllah.

jarifham said...

InsyaAllah k long, kita same2 doa eh

tronx013 said...

salam,

hidayah Allah itu ada yang menyedarkan kita kepada kebaikan dan hidayah Allah yang menjadikan kita kuat memegang tali Allah.. dua2nya penting..dan diharap kita mampu mendapt kedua-dua hidayah ini.

Usaha keras mendaptkan hidayah!!!

muhaimin said...

kepada sahabat2 yg dh grad:

"dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung"

walau d mn anda berada, teruskan berada d jalan ini..

semoga thabat...

Mohd Azizi bin Shaukani said...

fastaqim kama umirta

saffmukmin said...

aku rasa istiqamah itu adalah add valuenya semata, yg core bussiness sbnrnya adalah kesungguhan mahu utk istiqamah.thabat mahupun istiqamah,yg ptg usaha utk mencapainya harus diberi penekanan dan st kepujian.

selamat bekerja dan selamat terjun ke alam realiti tanpa fantasi.