Thursday, September 3, 2009

Di Mana Kita??


2 Ramadhan 1430 Hijrah – 3.00pagi

“ Hello Dr Shazana, dari resus ni.. Ada new case la dr..” Waktu tu hanya baru 30 minit sy melelapkan mata

“ Case ape ye?” Semi conscious saya bertanya.

“ MVA. Posterior hip dislocation. Dua lagi patient tengah x-ray,”

Tercelik mata saya yg pejam td. Tiga patient??? Berat badan saya nak bgn dr katil bilik HO tu. Sah2 tu je tidur saya untuk hari tu. Alhamdulillah..


Sampai je saya di resus, MO di resus terus briefing tentang patient tadi. MVA at 1 am with alcohol influence?? Sorang lagi penunggang motor jugak under alcohol influence. Open fracture tibia. Entah kenapa rasa marah sgt waktu tu. Ramadhan baru je bermula, sanggup mereka buat begini…

“ Orang sahur nasi, budak2 ni pulak sahur arak!” Kata seorang nurse.

CMR ( closed manipulation reduction) dibuat di resus saja oleh MO saya. Patient tu still lalok lagi. CMR memang menyakitkan, tapi sebab dah semi conscious, buat je CMR without sedation. Dalam tgh buat CMR, patient tadi menjerit2 sakit. Lebih kurang 4 orang terpaksa stabilize patient yg meronta2. Yang paling menyakitkan hati, sempat lagi sebut nama Allah ketika tgh2 sakit… Ikutkan hati, mahu je saya lekuk kepala patient ni. Biar jadi pengajaran!

Patient yang ketiga, saya clerk as usual.. Alleged MVA at 1am sustained fracture mid-shaft femur

“ Balik dari mana dik pagi2 buta ni?” Adik tu tersengih. Malu2 nak menjawab

“ Tgk wayang..” Sengih lagi..

“ Astaghfirullah.. Malam2 Ramadhan ni awak gi tgk wayang ke dik??” Adik tu tunduk je.. Hadoiii..sesak nafas saya.

Hampir seminggu perkara ni menghantui saya. Bukan kerana marahnya saya pada mereka, tapi risaukan diri sendiri..

Bila mengamati balik kisah hidup selama 24 tahun ni, bermacam perkara yang dah ditakdirkan pada saya. Sehinggala ke hari ini. Alhamdulillah… Nikmat Iman dan Islam ini semakin terasa. Segala puji bagi Allah, yang mengurniakan hidayah yg amat berharga ini.

Tapi persoalannya, sampai bila? Adakah sampai nafas terakhir saya nikmat ini akan terus menemani saya? Bagaimana kesudahan kita? Dalam kalimah ke? Atau dalam keadaan lagha?? Nauzubillah…

Untuk adik2 tadi, dengan izin Allah, mereka survive. Mungkin ini turning point untuk mereka berubah. Insaf atas apa yg berlaku pada diri. Moga Allah ampunkan mereka..
Tapi kita bagaimana? Palpitation sy memikirkan keadaan ni.. Alhamdulillah, sekarang kita di jalan ini, tapi tiada siapa boleh jamin kita tetap di sini hingga ke akhirnya. Mati tu paling hampir..

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda,
“ Bersegeralah kamu sekalian untuk melakukan amal2 soleh kerana akan terjadi sesuatu bencana yang menyerupai malam gelap gelita ketika ada seseorang yang pada waktu pagi ia beriman, tetapi pada waktu petangnya ia kafir, pada waktu petangnya dia beriman, tetapi pada waktu pagi ia kafir, dia rela menukar agamanya dengan sedikit keuntungan dunia.”
Hadith riwayat Muslim

Akhirnya, saya membuat kesimpulan, hanya Allah yang tahu segalanya. Hanya dia yang Maha Mengetahui rahsia segala apa yang telah, sedang atau akan berlaku pada kita.. Gunalah senjata kita yang paling berkuasa- DOA. Tunduk dengan sepenuh hati kepada Allah, mohon dengan penuh tawadhuk, moga Allah terus memilih kita untuk berada di jalan yang Allah redha. Di samping tu, kita perlu usaha sungguh2 untuk mengekang hawa nafsu yang membuka jalan ke arah lagha. SABAR & MUJAHADAH!!!

Siapa kita nak menentang takdir Allah? Tapi Allah suka hambaNya yang merayu. So, merayulah.. Moga diri, ibu & ayah, adik beradik, suami dan anak2 kita terdiri dalam golongan yang Dia redha kehidupan dunia dan akhirat. Ameen…

5 comments:

JrAz28JA32H., said...

kak ja...assalamualaikum,,,chayok!!

Tadika Sinaran Intelek said...

tido pun xcukup but still blh post something berguna..amazing la mung ja..

jarifham said...

untuk diri- sendiri sbenarnyo shaz.. hehe

jarifham said...

waalaikumussalam warahmatullah imah..jazakillah..orang Islam mesti KUAT!!

RaIhAn MaHzAn said...

xsangka ad blog yg nk same ngn name blog sy..hehe..
http://raihanwardah.blogspot.com/