Saturday, September 13, 2008

Pagi Yang Bermakna



Assalamualaikum wbt


Pagi Jumaat yang lepas antara pagi yang bermakna dalam hidup saya. Sebenarnya, semua pagi yg dihabiskan bersama umi adalah bermakna. Pagi itu saya dan umi melalui satu conversation yg sgt memberi kesan di hati sy. Kami dalam perjalanan ke rumah Mak Ngah di Machang. Tempoh perjalanan yang hanya selama 30 minit itu bukan sekadar tempoh yang dihabiskan untuk mendengar radio, melilau melihat jalan2 seperti biasanya. Tapi tempoh yang sarat dengan amanat umi yg saya rasa terus menerjah ke hati saya dan melahirkan rasa yg sukar saya gambarkan. Umi saya bukanlah ustazah, tapi someone yg bercakap berdasarkan pengalaman hidup dan sarat dengan kasih saying. Pada awalnya, saya risau jugak, terasa sesuatu tak kena bila bersungguh2 umi menasihati saya itu dan ini. Tapi, alhamdulillah, saya disedarkan Allah- UMI juga milik Allah..


Bercakap Tentang Menghadapi Ujian


“ Dalam hidup ni, segala benda yg berlaku adalah ujian. Kalo k ja susah, stress nak exam atau ada masalah ape sekalipun, itulah ujian. Kalo k ja senang, lulus exam atau dipermudahkan menghadapi masalh juga ujian. Yang membezakan setiap satunya adalah bagaimana kita bertindak ke atas ujian Allah. Ke mana kita tuju rasa syukur kita bila senang, atau sejauh mana kita sabar bila diuji susah. Ni sebenarnya menilai iman kita pada Allah. Kalo asyik mengeluh bila ada masalah, bila hati nak tenang?” Saya hanya diam sambil mengangguk2


"Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita mengenai keadaan kamu." (Surah Muhammad: ayat 31


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)


Bercakap Tentang Sabar


“ Bila umi fikir balik perjalanan hidup ni, semuanya xleh lari dari sabar. Sabarla k ja! Tak sia2 kita sabar. Dalam apa situasi sekalipun. Bila rasa nak marah-SABAR. Bila hilang barang-SABAR.. Bila rasa nak kalah dengan nafsu tu-SABAR. Bila sakit, lagila kene SABAR.. Tambah lagi bulan puasa ni. Jangan kita korbankan kemuliaan Ramadhan ni dengan tak sabar. Kan sejuk je hati kalu sabar?? ” Saya angguk lagi. Kepala dok ligat ingat balik ketika bila saya tak sabar. Malu pulak pada diri sendiri..


"Jika kamu bersabar dan bertakwa, sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan."
(Surah Ali Imran: ayat 186)


"Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. Mereka itulah yang mendapat berkat yang sempurna dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah yang mendapat petunjuk." (Surah Al-Baqarah: ayat 155-157)


Allah berfirman melalui surah Asy-Syaffaat ayat 102 mengenai sikap kesabaran Nabi Ismail apabila bapanya Ibrahim mendapat perintah Allah supaya menyembelihnya sebagai korban kepada Allah.

Ismail dengan sabar berkata: "Wahai bapa, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah bapa akan mendapati aku daripada orang-orang yang sabar."


Bercakap Tentang Redha Ibu Bapa


Inilah topik yg paling menyentuh hati saya. Umi bercakap bertemankan air mata. Tak mampu saya menambah, nanti saya pulak yang menangis!


“ K ja, ingat sokmo2, ke mana pun k ja gi, kena pastikan redha ibu bapa sntiasa bersama kita. Macam mana kita berjaya sekalipun, apalah gunanya kalu umi dan abah x redha? Umi memang nak anak berjaya, kerja besar2, tapi kalu diberi peluang, umi lagi nak anak yg hormatkan umi, yg sejukkan hati umi, yg boleh umi tumpang bila sakit..”


Sebak rasa hati saya. Tak sanggup saya membayangkan jika saya benar2 mengabaikan mereka. Merekala harta saya. Yang mengasihi saya sepenuh hati. Yang tak pernah jemu mendengar luahan hati saya. Yang menerima saya seadanya baik dan buruk.. Ketika itu jugak saya bertekad, berjanji pada diri sendiri- akan saya berbakti kpd umi n abah sehingga diri ini dijemput Allah. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.


sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa ".
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Bercakap Tentang Keluarga dan Masa Depan


Haa..bila bercakap soal ni, saya memang kena senyap. Nanti semakin panjang umi mengulas. Saya hanya tersenyum..


” Teringinnya umi nak ada keluarga besar yang kasih sayang melimpah ruah! Bila sume kawin nanti, tiada apa yang kurang, malah semakin bertambah2. Umi nak sangat2 ada menantu yang balik jumpa umi bukan hanya sekadar tanggungjawab, tapi sebab rindukan umi. Macam anak2 umi sendiri rindukan umi. Cucu2 yang x sabar2 nak balik jumpa umi abah. Kalo boleh sampai tarik2 k ja sebab nak balik..”


Berseri2 muka umi..adoii..memang umi bila bercakap soal ni sgt bersemangat. InsyaAllah.. Jika diizikankan Allah, tiada menantu dan cucu yang xkan merindui mak mertua,nenek seperti umi..

2 comments:

cute_lavender said...

Assalamualaikum ja sayang
ermm, sayunya hearty bila baca
teringat kat ayahnanda n bonda d KL
rindunyerrrrr
InsyaAllah
sy doakan ja bahagia bersama keluarga
dan dipermudahkan jodoh


kebahagian awak, kebahagiaan sy jg
salam syg selalu

jarifham said...

waalaikumussalam wbt
jazakillah ya ukti.. part dipermudahkan jodoh yg sedap dengar tu..hehe..