Monday, September 1, 2008

Jom Tutup Aurat !!!



Assalamualaikum wbt


Mungkin ramai yang agak allergic bila berbicara soal ini. InsyaAllah, kita buka hati seluas-luasnya, muhasabah diri dengan ikhlas dan bersedia untuk berhijrah ke arah yang lebih baik di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Dalam Surah al-Ahzab ayat 59, Allah berfirman (maksudnya): Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan ke atas tubuh mereka pakaian mereka, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


Berkenaan batasan aurat, telah dibincangkan dengan detailnya oleh para ulama. Ada yang bertegas menyatakan seluruh tubuh wanita adalah `aurat seperti yang dipegang oleh kebanyakan ulama di Saudi sekarang. Sesiapa
yang ingin pendetilan bolehlah merujuk kepada kitab-kitab fatwa para ulama di Saudi, antaranya; buku al-Hijab yang ditulis oleh as-Syeikh Soleh Fauzan. Sementara jumhur (majoriti) ulama pula menyatakan muka dan tapak tangan tidak termasuk dalam `aurat. Hujah-hujah yang kuat dalam masalah ini telah dijelaskan as-Syeikh Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Al-Niqab lil al-Mar ah baina al-Qaul bi bid`atih wa al-Qaul bi Ujubih.



Saya yakin ramai sebenarnya yang sudah maklum akan batasan aurat ini. Jika ditanya kepada mereka yang masih belum sempurna menutup aurat sekalipun, saya yakin majority dapat menjawab dengan hanya sekali lafaz. Tapi persoalannya, kenapa masih ramai yang mengabaikan tuntutan Allah ini??


“ Belum samapi seru lagi laa..”

“ Alaa..ramai lagi yang tak pakai tudung, tapi hati lagi baik !” Bagaimana kita boleh mengatakan hati yang menolak hukum Allah adalah hati yang baik??


Itu adalah alasan yang biasa diberikan.
Yang paling popular; belum sampai seru. Seru sebenarnya dah lama sampai. Tinggal lagi hidayah Allah yg teramat mahal. Dan untuk mendpatkan hidayah ini, kita kena rayu, minta dengan Allah. Jangan pula awal2 lagi kita menidakkan suruhan ini semata2 mahu menyesuaikan dengan kemahuan diri.


Sahabat2 yang dihormati,


Suruhan ini bukan datangnya dari saya, mana2 ulama mahupun mufti. Ia datangnya daripada pencipta kita yang Maha Berkuasa. Jika kita dengan redhanya menerima oksigen, makanan, minuman dan kesihatan diri yang dikurniakan Allah, mengapa pelbagai alasan yg diberikan apabila disuruh menutup aurat dengan sempurna?


Bila kita menyingkap sejarah generasi al-Quran pada zaman Rasulullah dahulu, terasa kagum yang teramat. Bila turunnya ayat al-Quran yang memerintahkan penutupan aurat, mereka segera menyahut tanpa bantahan atau alasan. Dan semestinya mereka dijanjikan Allah dengan nikmat yang tak terkira di hari akhirat kelak. Tak teringinkah kita??


Bila melihatkan iklan2 di televisyen kini, sebenarnya dah cukup menyesakkan dada. Betapa wanita pada zaman globalisasi sekarang dieksploitasi sebegitu rupa sehingga merendahkan martabat wanita pada hakikatnya. Dengan fenomena yang begini, pada siapa lagi yang harus dipersalahkan apabila masih terdapat manusia kejam seperti pembunuh arwah Nurin Jazlin di bumi Malaysia??


Sahabat2 muslimin,


Ini juga adalah tanggungjawab anda. Banyak peranan anda sebenarnya. Adik, kakak, ibu walhal rakan muslimat sekalipun. Tapi biarlah hikmah caranya. Saya berhijrah untuk memakai stokin juga kerana teguran seorang sahabat muslimin satu praktikum di matrik. Memang pada awalnya rasa malu, membara mungkin bila ditegur, tapi alhamdulillah..hidayah itu milik Allah.


Sahabat2 muslimat yang sangat saya sayangi,


Percayalah, kecantikan kita yang sebenarnya terletak pada ketaatan kita pada Allah. Tak perlu kita berusaha untuk kelihatan cantik semata2 mahu menawan hati lelaki, sedangkan pada masa yang sama Allah murka pada kita. Yakinlah, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Usaha sungguh2 untuk pelihara aurat kita. Inilah kemuliaan kita.


Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.

Jom jadi wanita solehah!!

No comments: