Saturday, August 15, 2009
Mesti Semangat!!
Assalamualaikum warahmatullah
Alhamdulillah, konvo dah pun habis.. Bersyukur dan gembira kerana segala2nya berjalan dgn lancar dan sangat membahagiakan sekali. Tapi sedih jugak, sebab saat yang saya nantikan lebih sebulan yg lalu dah pun berlalu. Sukar nak ditafsirkan perasaan ketika kita menantikan sesuatu yg membahagiakan akan tiba. Seperti mengharapkan sesuatu. Saya yakin sahabt2 juga merasainya, cuma maybe ada yg tak menyedarinya.. Perasaan ini seperti apa yg saya rs ketika melalui selanjar 2 pd tahun 2. Perit nak habiskan study week, tapi rasa sangat senang sbb habis sahaja selanjar, kami akan ke Aceh untuk elektif..hmm, itulah perasaannya..
Sebenarnya, apa yg sangat membahagiakan adalah melihat umi dan abah bahagia. Walaupun k eli dan aini tak berkesempatan bersama2 pd konvo ini, tapi keceriaan di wajah umi dan abah mengubati kedukaan itu. Alhamdulillah..
Sejujurnya, doa yang dibaca oleh Dr Wan Nudri pada penghujung majlis itu benar2 mengesan di hati saya. Umi dan abah bermain2 di fikiran. Segala pengorbanan, harapan mereka seakan2 memanggil2 saya untuk berfikir. Tiba2 rasa sgt tidak adil pd mereka. Bila belajar dulu, stress exam- menangis pada mereka. Sekarang, stress keje- pun menangis pada mereka jugak..huhu..
Bila melangkah keluar dewan, saya tekad untuk tabah dalam segala2nya. Untuk kuat seperti yang saya selalu inginkan. Bila jumpa saja dgn umi, saya dapat melihat matanya berkaca sambil berkata- “ Tahniah kak Ja..” Dan saya tak mampu berkata apa2 lagi. The truth is- nope, tahniah umi!!! Kejayaan ni Ja persembahkan untuk umi dan abah..Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang melimpahkan kebahagiaan ini..
Bila saya berfikir balik tentang hidup ni, most of the time, kita terlalu pentingkan diri. Tanpa memikirkan mereka yang sentiasa di samping kita. Yang akan be with us, no matter how bad or good we are. Sangat menjaga perasaan diri, biar banyak hati yg terpaksa kita lukai.
From now on, insyaAllah, diri ni akan semakin kuat!! Sepanjang cuti ni, nak kumpul segala kekuatan. Tak nak walau sesaat perasaan ‘ malasnya nak start keje balikk’ terlintas di hati. Memang payah. Sebab tu besar ganjarannya SABAR.. InsyaAllah..
P/S- Thanks for those yg hadiahkan 4 jambak roses waktu konvo ari tu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tahniah, kak ja. Eh silap, Dr. Shazana Rifham. :)
perghhhh!
tahniah.slmt berkonvo!
Post a Comment