Sunday, August 2, 2009

Perlunya Ada Sabar


Assalamualaikum warahmatullah

Pernah saya bertanya pada sorang senior HO ketika minggu pertama sy di sini,

“ Akak, jadi HO ni selalu kena marah x? “ tersengih senior tu bila dengar soalan saya

“ Ja, bukan kena marah je, maki, caci dan segala bagai.. kalo salah kita xpela, yang bukan salah kita pun berlambak. Sampai da naik tuli telinga..lama2, da takde perasaan. Kne marah pun rasa biasa je,”

Ternganga juga saya sekejap. Macam tu ke? Semakin merudum semangat saya yang dah memang low ni. Hari2 saya lalui dengan palpitation. Lama2, da semakin adapt dgn hidup seorg HO ni.. Bukan saje specialist dan MO, nurse pon boleh marah2 HO..hehe, lawak la pulak. Tapi bukan sume, ramai je yang baik2..


Pernah juga seorang sahabat HO berkata pd saya,

“ Ja, mu kena la wat garang sket. Dengan nurse ke, patient ke..ni berlembut sgt, lama2 kne buli..”

Entahlah, bukan saya berlembut sangat, tapi malas nak berkira sebenarnya. Maybe certain things kene tegas, tapi bukanla selalu. Saya seboleh2nya nak elak dari cetuskan satu environment kerja yg tidak selesa. Sebab bagi saya, kerja ward yang bertimbun ni akan jadi smooth jika sume pihak main peranan masing2. Yang doctor terlepas pandang, nurse akan ingatkan, begitu juga sebaliknya. Lagipun, bukan ke Rasulullah saw mengajar kita spy berlembut sesama manusia??

Sebenarnya, posting orthopedic yg sedang saya lalui sekarang adalah posting yg paling relaks dan free sebenarnya. Mungkin oncall yg agak havoc sebab terpaksa berlari dari ward ke a&e sepanjang malam. Tapi alhamdulillah, saya seharusnya banyak bersyukur jika nak dibandingkan dengan sahabat2 dari posting2 yang lain. Terpaksa berdepan dgn ragam manusia yg pelbagai. Sampai nak fikir lojik akal pun, payah nak terima wujud lagi manusia sebegitu..

Tapi, bila fikir balik, kita sebagai yang mengaku hamba Allah, sepatutnya xde kegusaran di hati bila berhadapan dgn orang yg sebegitu. Betapa besar pangkatnya sekalipun di dunia, dia tetap hamba Allah. Tetap sama seperti kita. Yang membezakan hanyalah TAQWA pada Allah. Kalau rs diri dizalimi, ingatlah bahawa hari pengadilan tu pasti tiba.. Di mana nasib kita akan terbela di hadapan Allah, jika kita berada di pihak yang benar.. So, buat apa nak takut??

Bekalan paling penting yang perlu ada- SABAR.

“Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),

“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153)

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10)

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Betapa banyak yang Allah janjikan dalam al-Quran kepada mereka yang sabar. Tapi, pastinya bukan mudah nak dapatkan sifat ni. Bukannya ia sentiasa bermastautin dalam hati kita. Ada pasang surutnya. Kekadang ada, kekadang hilang.. Kitalah kena usaha sungguh2. Usaha untuk SABAR! Baru semakin nikmat rasanya IMAN..

So, conclusionnya, hidup mesti terus.. Segala macam yang dihadirkn Allah kepada kita, anggaplah sebagai ujian penyeri kpd hidup, sementara nak tunggu mata ni tertutup buat selama2nya...Orang Islam Mesti Kuat!!!!!

No comments: