Wednesday, December 24, 2008

Jom Hijrah!!


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dlm kita sibuk dengan peredaran masa dan tuntutan hidup, tanpa kita sedar awal muharram menjengah lagi.Bila tiba shj awal muharram,teringat balik azam2 yg dibuat pd awal muharram yang lalu. Banyak lagi yang tak tertunai.Dalam kepala sudah bersusun azam2 yang baru. Kadang2 rasa putus asa pun ada. Rasa malas nak fikirkan azam yg baru, memandangkan yang lama masih tak settle2..

Bila disingkap semula sejarah penghijarahan Rasulullah saw dan para sahabat dari kota Mekah ke Madinah, ia sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada Islam, baik dari sudut dakwah, ukhuwwah atau syiar Islam itu sendiri. Di sini sebenarnya kita harus bermula. Kita lewati semula sirah penghijrahan ini, ambil sebanyak mana hikmah, pengajaran daripadanya, seterusnya menjadikannya modal juga panduan untuk kita berhijrah ke arah yang lebih baik.

Peristiwa hijrah Rasulullah membuktikan betapa baginda serta para sahabat telah berkorban jiwa dan raga bagi menegakkan serta memperkemaskan jaringan dakwah Islamiyah. Ia sebagai refleksi pada diri bahawa setiap kejayaan tidak akan datang dengan mudah, tetapi menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Bekalannya, SABAR dan MUJAHADAH!

Penghijrahan Rasulullah juga menggambarkan kepada kita betapa erat,kukuh dan indahnya ukhuwwah Islamiyyah di antara kaum Aus & Khazraj dengan kamu muhajirin sehingga sanggup membantu apa sahaja dengan apa yang mereka miliki.Bandingkan dengan tahap ukhuwwah kita kini sahabat2. Sanggupkah kita beri benda yang kita sayang, walaupun sehelai baju sekalipun, sekiranya ia disukai oleh sahabat kita??

Bila bercakap soal hijrah, sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Hijrah yg saya maksudkan di sini ialah penghijrahan diri, jiwa dan iman. Kita sepatutnya tak pandang remeh perkara ini memandangkan usia yang semakin meningkat. Bila kita masih membenarkan diri dibelai dengan keasyikan dunia, serta hanyut dibawa arus kealpaan, bererti kita sedang menzalimi diri sendiri. Kita tidak berlaku adil terhadap diri dengan membiarkan usia yang berlalu tersia begitu sahaja. Akibatnya, semakin ramailah belia Islam yang tidak boleh diharap utk membela agama yg muncul, di saat umat Islam membutuhkan generasi yang mempunyai keazaman serta ketakwaan yang tinggi.

Oleh sebab itu, tidak dapat tidak, setiap dari kita harus memiliki semangat, azam yang jelas untuk melakukan anjakan paradigma dalam hidup yang semakin menghimpit ini. Hijrah yang sebenar tidak akan berjaya tanpa kehadiran gandingan iman dan jihad. Kedua-duanya perlu berjalan seiiring.

Sahabat-sahabat2 yang saya hormati, jom kita berhijrah. Muhasabah diri dengan sejujur-jujurnya. Cari silap dan kelemahan diri tanpa ego. Gariskan methodology yang praktikal dan rasional untuk mengatasinya. Paling penting, sandarkan ia kepada Allah semata-mata. Pasti ada rintangannya sahabat2. Syurga bukan murah. Penghijrahan juga bukan mudah.Tapi, yakinlah dengan sepenuh hati yang Allah akan membantu kita. Allah kan sebaik-baik penolong.. Semoga penghijrahan ini diberkati Allah swt..

No comments: