Thursday, December 25, 2008

Islam Untuk Semua


Assalamualaikum wbt

Kurang lebih 5 hari lagi, MPI yang kelima dlm hidup saya tiba lagi.InsyaAllah yg terakhir untuk saya. Majlis perasmian yang akan berlangsung pada 30 Dis ini sedang heboh diperkatakan tentang gimiknya. Dengan bertemakan "Islam Untuk Semua", MPI kali ini diharapkan dapat memberikan impak yg besar dalam pembangunan dakwah kampus, juga ilmu2 yang berguna kepada kita selaku pelajar Muslim.

Bagi saya, pemilihan tema ini sangat berketepatan dengan suasana masyarakat kita yang semakin keliru tentang bagaimanakah Islam yang sebenar-benarnya.Kekeliruan ini bukan sahaja membelenggu non-muslim, tapi juga muslim itu sendiri. Kebatilan dan kebenaran semakin sukar untuk dibezakan, sehinggakan perkara yang tercela di sisi Allah seakan sudah dihalalkan di sisi manusia.

Antara sebab utama perkara ini berlaku ialah kelemahan umat Islam sendiri dalam mendalami ajaran Islam. Kita mengambil Islam itu secara superficial, tanpa berusaha untuk menyelami dan memahami tujuan sebenar ajaran Islam. Apabila ini berlaku, maka lahirlah golongan yang menampilkan ajaran Islam yg tidak menyeluruh, seterusnya menyempitkan segala kelonggaran yang diberikan oleh Allah swt kepada kita. Semakin ramai bukan Muslim yang salah anggap pd Islam disebabkan perilaku dan kelemahan orang Islam. Sedangkan Islam itu unggul, Islam untuk semua..

MPI sebenarnya sangat istimewa untuk saya. Moodnya berbeza. Rasa terisi.InsyaAllah, sy akan berusaha hadir dlm setiap aktiviti. Antara yg paling memberi kesan ialah Hari Untukmu Wanita. Saya lihat ia adalah satu jalan dakwah yang terbentang luas, sangat rugi jika tidak dimanfaatkan. Mungkin ramai di kalangan penonton hadir untuk memberi sokongan pada batch masing2, tetapi moga dibukakan hati mereka oleh Allah untuk menerima peringatan yg dihidangkan. Tak banyak, sikit pun jadi.

Dari segi ukhuwwah, ia semakin mengeratkan kami. Tambah lagi sejak naik tahun 4. Jarang untuk kami muslimat sama2 berkumpul, memerah idea, dan bersama berkorban masa serta tenaga untuk dakwah. Sangat manis dan istimewa. Walaupun hanya satu malam diperuntukkan untuk itu semua, tapi sangat mengesankan apabila segala2nya berlaku semata2 kerana Islam.

Untuk tahun ini, saya hampir merasakan kami tak berpeluang untuk menyumbang memandangkan kekangan masa. Tapi alhamdulillah...dikurniakan sahabat2 yang bersemangat untuk menyumbang walau sedikit, kami semakin menguatkan antara satu sama lain.

Apa yang diharapkan, sesiapa sahaja yg hadir, baik di Hari Untukmu Wanita atau apa sahaja aktiviti pada MPI kali ini, memulakan langkah bukan hanya untuk menghadirkan diri semata2, tetapi menyediakan hati yang tawadhuk, ikhlas dan bersedia untuk menerima peringatan. Semoga Allah swt memberkati hidup ini siang dan malam, tika susah dan senang. Ameen..

No comments: