Friday, October 3, 2008

Salam Aidilfitri



Assalamualaikum wbt


Syawal yang ke 23 dalam hidup saya menjelang lagi. Alhamdulillah dengan izinNya, kita masih diberi peluang merasai kemeriahan, kenikmatan Aidilfitri.


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat dan sesiapa saja yang membaca blog ini. Saya juga benar-benar memohon maaf kepada sahabat-sahabat, atas segala salah silap saya yang saya sengajakan atau tidak. Kepada sahabat seperjuangan yang saya kasihi kerana Allah, saya yakin banyak dosa saya pada kalian. Maafkan ye, saya hanya hamba Allah yang lemah, yang sering lalai dari segala segi. Kepada mereka yang pernah berurusan dengan saya, kakak-kakak, adik-adik, sahabat-sahabat muslimin, maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tingkah saya yang mengecilkan hati kalian.. Semoga kita semua sentiasa di bawah redha-Nya.


Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan diri saya dan sahabat2, ambil peluang di Aidilfitri ini untuk meminta maaf dan memaafkan. Senang nak ucap perkataan ni, tapi untuk benar2 meminta maaf dan memaafkan sangat payah. Tundukkan ego, hadirkan tawadhuk dalam hati, yakin dengan sungguh2 bahawa hanya Allah yang sempurna, insyaAllah kita mampu.


Semoga Aidilfitri kali ini memberi banyak makna dan meninggalkan keindahan dalam sejarah hidup kita semua..Selamat Hari Raya!!!

Setelah berakhirnya Ramadhan..

Assalamualaikum wbt


Setelah 30 hari lamanya bersama bulan yang sangat istimewa ni, akhirnya Ramadhan meninggalkan kita. Sepanjang bulan ini, kita telah diberi peluang keemasan oleh yang Maha Pencipta untuk beramal semampu, seikhlas mungkin. Supaya dengan amalan yang dilakukan, terampun dosa-dosa yang menghijab hati, semakin akrab juga dengan Allah swt yang Maha Penyayang. Semoga segala amalan berganda dan penghijrahan yang berjaya kita cetuskan di bulan Ramadhan ini dapat diteruskan di 11 bulan yang mendatang, sehingga kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang seterusnya, insyaAllah..


Bagi saya pula, perasaan bercampur-baur. Antara gembira menyambut Syawal dan sebak melepaskan Ramadhan pergi. Terasa seperti ini Ramadhan yang terakhir. Wallahu’alam. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah swt.. Hati saya takut, risau kalau-kalau amalan-amalan saya tidak diterima Allah. Tapi, seperti kata seorang sahabat dalam tazkirahnya yang sangat bermakna, rasa takut perlu disertakan dengan pengharapan. Harap semoga Allah menerima amalan kita.


Syukur sesyukur-syukurnya kepada Allah swt, betapa Dia sayangkan saya, diberi saya pelbagai ujian ketika Ramadhan hampir melabuhkan tirai. Entah mengapa, ujian-ujian ini saya rasakan sungguh manis. Teramat nikmat! Ketenangannya ada di situ. Salah satu bekalan saya dari Ramadhan ini- Jangan sesekali takutkan manusia bila berurusan dengan Allah, tapi gentarlah dengan Allah bila berurusan dengan manusia! Dah lama ungkapan tersebut menjadi pegangan saya, tapi baru kali ini saya benar2 merasakan maknanya yang sebenar. Segala puji bagiMu yang Allah!


Bukak puasa terakhir, kami sekeluarga sempat duduk semeja. Dan ungkapan keramat abah saya berkumandang lagi- “ Ok, abah nak semua bagi tepukan gemuruh untuk umi. Sebab x pernah gagal masak sahur dan berbuka untuk family !!” Walaupun ungkapan itu saban tahun diucapkan, tapi saya tetap sentiasa menantikannya. Saya sangat sukakan suasana itu. Senyuman di 7 bibir yang mengelilingi meja yang most of the time x terisi sangat-sangat saya rindui. Dan sudah pastinya kegembiraan yang luar biasa di wajah umi amat menenangkan. Alhamdulillah.


Selamat tinggal Ramadhan yang mulia dan penuh berkat.. InsyaAllah dengan izinNya kita akan bertemu lagi. Dan saya akan buat dengan lebih baik..InsyaAllah..

Saturday, September 13, 2008

Pagi Yang Bermakna



Assalamualaikum wbt


Pagi Jumaat yang lepas antara pagi yang bermakna dalam hidup saya. Sebenarnya, semua pagi yg dihabiskan bersama umi adalah bermakna. Pagi itu saya dan umi melalui satu conversation yg sgt memberi kesan di hati sy. Kami dalam perjalanan ke rumah Mak Ngah di Machang. Tempoh perjalanan yang hanya selama 30 minit itu bukan sekadar tempoh yang dihabiskan untuk mendengar radio, melilau melihat jalan2 seperti biasanya. Tapi tempoh yang sarat dengan amanat umi yg saya rasa terus menerjah ke hati saya dan melahirkan rasa yg sukar saya gambarkan. Umi saya bukanlah ustazah, tapi someone yg bercakap berdasarkan pengalaman hidup dan sarat dengan kasih saying. Pada awalnya, saya risau jugak, terasa sesuatu tak kena bila bersungguh2 umi menasihati saya itu dan ini. Tapi, alhamdulillah, saya disedarkan Allah- UMI juga milik Allah..


Bercakap Tentang Menghadapi Ujian


“ Dalam hidup ni, segala benda yg berlaku adalah ujian. Kalo k ja susah, stress nak exam atau ada masalah ape sekalipun, itulah ujian. Kalo k ja senang, lulus exam atau dipermudahkan menghadapi masalh juga ujian. Yang membezakan setiap satunya adalah bagaimana kita bertindak ke atas ujian Allah. Ke mana kita tuju rasa syukur kita bila senang, atau sejauh mana kita sabar bila diuji susah. Ni sebenarnya menilai iman kita pada Allah. Kalo asyik mengeluh bila ada masalah, bila hati nak tenang?” Saya hanya diam sambil mengangguk2


"Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita mengenai keadaan kamu." (Surah Muhammad: ayat 31


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)


Bercakap Tentang Sabar


“ Bila umi fikir balik perjalanan hidup ni, semuanya xleh lari dari sabar. Sabarla k ja! Tak sia2 kita sabar. Dalam apa situasi sekalipun. Bila rasa nak marah-SABAR. Bila hilang barang-SABAR.. Bila rasa nak kalah dengan nafsu tu-SABAR. Bila sakit, lagila kene SABAR.. Tambah lagi bulan puasa ni. Jangan kita korbankan kemuliaan Ramadhan ni dengan tak sabar. Kan sejuk je hati kalu sabar?? ” Saya angguk lagi. Kepala dok ligat ingat balik ketika bila saya tak sabar. Malu pulak pada diri sendiri..


"Jika kamu bersabar dan bertakwa, sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan."
(Surah Ali Imran: ayat 186)


"Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. Mereka itulah yang mendapat berkat yang sempurna dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah yang mendapat petunjuk." (Surah Al-Baqarah: ayat 155-157)


Allah berfirman melalui surah Asy-Syaffaat ayat 102 mengenai sikap kesabaran Nabi Ismail apabila bapanya Ibrahim mendapat perintah Allah supaya menyembelihnya sebagai korban kepada Allah.

Ismail dengan sabar berkata: "Wahai bapa, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah bapa akan mendapati aku daripada orang-orang yang sabar."


Bercakap Tentang Redha Ibu Bapa


Inilah topik yg paling menyentuh hati saya. Umi bercakap bertemankan air mata. Tak mampu saya menambah, nanti saya pulak yang menangis!


“ K ja, ingat sokmo2, ke mana pun k ja gi, kena pastikan redha ibu bapa sntiasa bersama kita. Macam mana kita berjaya sekalipun, apalah gunanya kalu umi dan abah x redha? Umi memang nak anak berjaya, kerja besar2, tapi kalu diberi peluang, umi lagi nak anak yg hormatkan umi, yg sejukkan hati umi, yg boleh umi tumpang bila sakit..”


Sebak rasa hati saya. Tak sanggup saya membayangkan jika saya benar2 mengabaikan mereka. Merekala harta saya. Yang mengasihi saya sepenuh hati. Yang tak pernah jemu mendengar luahan hati saya. Yang menerima saya seadanya baik dan buruk.. Ketika itu jugak saya bertekad, berjanji pada diri sendiri- akan saya berbakti kpd umi n abah sehingga diri ini dijemput Allah. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.


sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa ".
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Bercakap Tentang Keluarga dan Masa Depan


Haa..bila bercakap soal ni, saya memang kena senyap. Nanti semakin panjang umi mengulas. Saya hanya tersenyum..


” Teringinnya umi nak ada keluarga besar yang kasih sayang melimpah ruah! Bila sume kawin nanti, tiada apa yang kurang, malah semakin bertambah2. Umi nak sangat2 ada menantu yang balik jumpa umi bukan hanya sekadar tanggungjawab, tapi sebab rindukan umi. Macam anak2 umi sendiri rindukan umi. Cucu2 yang x sabar2 nak balik jumpa umi abah. Kalo boleh sampai tarik2 k ja sebab nak balik..”


Berseri2 muka umi..adoii..memang umi bila bercakap soal ni sgt bersemangat. InsyaAllah.. Jika diizikankan Allah, tiada menantu dan cucu yang xkan merindui mak mertua,nenek seperti umi..

Tuesday, September 9, 2008

Terasa Diawasi Allah

Pabila terasa diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri dgn Tuhan
Rasa syukur dengan nikmat Nya

Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...

Allah ya Allah

Mukmin sejati sentiasa waspada
Dari dosa tanpa sengaja
Apatah lagi dosa yang nyata
Umpama gunung jatuh padanya

Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...

Monday, September 1, 2008

Jom Tutup Aurat !!!



Assalamualaikum wbt


Mungkin ramai yang agak allergic bila berbicara soal ini. InsyaAllah, kita buka hati seluas-luasnya, muhasabah diri dengan ikhlas dan bersedia untuk berhijrah ke arah yang lebih baik di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Dalam Surah al-Ahzab ayat 59, Allah berfirman (maksudnya): Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan ke atas tubuh mereka pakaian mereka, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


Berkenaan batasan aurat, telah dibincangkan dengan detailnya oleh para ulama. Ada yang bertegas menyatakan seluruh tubuh wanita adalah `aurat seperti yang dipegang oleh kebanyakan ulama di Saudi sekarang. Sesiapa
yang ingin pendetilan bolehlah merujuk kepada kitab-kitab fatwa para ulama di Saudi, antaranya; buku al-Hijab yang ditulis oleh as-Syeikh Soleh Fauzan. Sementara jumhur (majoriti) ulama pula menyatakan muka dan tapak tangan tidak termasuk dalam `aurat. Hujah-hujah yang kuat dalam masalah ini telah dijelaskan as-Syeikh Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Al-Niqab lil al-Mar ah baina al-Qaul bi bid`atih wa al-Qaul bi Ujubih.



Saya yakin ramai sebenarnya yang sudah maklum akan batasan aurat ini. Jika ditanya kepada mereka yang masih belum sempurna menutup aurat sekalipun, saya yakin majority dapat menjawab dengan hanya sekali lafaz. Tapi persoalannya, kenapa masih ramai yang mengabaikan tuntutan Allah ini??


“ Belum samapi seru lagi laa..”

“ Alaa..ramai lagi yang tak pakai tudung, tapi hati lagi baik !” Bagaimana kita boleh mengatakan hati yang menolak hukum Allah adalah hati yang baik??


Itu adalah alasan yang biasa diberikan.
Yang paling popular; belum sampai seru. Seru sebenarnya dah lama sampai. Tinggal lagi hidayah Allah yg teramat mahal. Dan untuk mendpatkan hidayah ini, kita kena rayu, minta dengan Allah. Jangan pula awal2 lagi kita menidakkan suruhan ini semata2 mahu menyesuaikan dengan kemahuan diri.


Sahabat2 yang dihormati,


Suruhan ini bukan datangnya dari saya, mana2 ulama mahupun mufti. Ia datangnya daripada pencipta kita yang Maha Berkuasa. Jika kita dengan redhanya menerima oksigen, makanan, minuman dan kesihatan diri yang dikurniakan Allah, mengapa pelbagai alasan yg diberikan apabila disuruh menutup aurat dengan sempurna?


Bila kita menyingkap sejarah generasi al-Quran pada zaman Rasulullah dahulu, terasa kagum yang teramat. Bila turunnya ayat al-Quran yang memerintahkan penutupan aurat, mereka segera menyahut tanpa bantahan atau alasan. Dan semestinya mereka dijanjikan Allah dengan nikmat yang tak terkira di hari akhirat kelak. Tak teringinkah kita??


Bila melihatkan iklan2 di televisyen kini, sebenarnya dah cukup menyesakkan dada. Betapa wanita pada zaman globalisasi sekarang dieksploitasi sebegitu rupa sehingga merendahkan martabat wanita pada hakikatnya. Dengan fenomena yang begini, pada siapa lagi yang harus dipersalahkan apabila masih terdapat manusia kejam seperti pembunuh arwah Nurin Jazlin di bumi Malaysia??


Sahabat2 muslimin,


Ini juga adalah tanggungjawab anda. Banyak peranan anda sebenarnya. Adik, kakak, ibu walhal rakan muslimat sekalipun. Tapi biarlah hikmah caranya. Saya berhijrah untuk memakai stokin juga kerana teguran seorang sahabat muslimin satu praktikum di matrik. Memang pada awalnya rasa malu, membara mungkin bila ditegur, tapi alhamdulillah..hidayah itu milik Allah.


Sahabat2 muslimat yang sangat saya sayangi,


Percayalah, kecantikan kita yang sebenarnya terletak pada ketaatan kita pada Allah. Tak perlu kita berusaha untuk kelihatan cantik semata2 mahu menawan hati lelaki, sedangkan pada masa yang sama Allah murka pada kita. Yakinlah, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Usaha sungguh2 untuk pelihara aurat kita. Inilah kemuliaan kita.


Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.

Jom jadi wanita solehah!!

Thursday, August 28, 2008

Ke Arah Ramadhan Yang Berkualiti

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad saw serta para sahabatnya.


Alhamdulillah, Ramadhan yg ditunggu2 semakin hampir. Hati juga semakin berbunga menanti ketibaan Ramadhan yg mulia. Mungkin ini juga Ramadhan yg terakhir kita..Hanya Allah yang tahu. Dalam usaha kita memastikan amalan ibadat sepanjang Ramadhan berkualiti, marilah sama2 kita sandarkan amalan kita kepada nas2 yang sahih, tanpa lagi dikongkong oleh hadis yang para ulamak sendiri tidak tahu dr mana asalnya.


Kita lihat satu hadis yg kononnya diriwatkan oleh Sayyidina Ali;


Di riwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah saw telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma’mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawikh pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam Kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad saw.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke tiga puluh….


Sejak kecil lagi saya telah terdedah dengan perkara ini. Tiba je bulan Ramadhan, risalah tentang fadhilat sembahyang terawih akan diedarkan secara meluasnya di sekolah. Hasilnya, setiap malam, saya akan check dulu fadhilat sembahyang terawih pada malam tersebut, jika sesuai dengan kehendak saya, maka solat terawihlah saya pd malam tersebut. .Betapa jahilnya sy pada waktu itu.


Berbalik pada hadis tadi, setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu’aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu’(palsu) pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini


Memang tak dinafikan, hadis2 ini dihasilkan dengan harapan masyarakat akan lebih beribadat pada Ramadhan yg mulia ini. Tetapi seperti yang kita sedia maklum, ibadat yg tanpa nas yg sahih adalah tertolak. Sanggupkah kita berdusta di atas nama Rasulullah saw semata2 mahu mengubah sikap masyarakat yg malas beribadat???


Rasulullah saw telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya:-


“ Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka”

(Riwayat Bukhari, Muslim)


Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan ke atas Nabi s.a.w. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).


Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis sahih contohnya hadis yang bermaksud:


Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

(Al-Bukhari)


Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Ikhlaskan niat, yakinlah dengan janji2 Allah dengan kemuliaan dan keberkatan Ramadhan. Sampaikan apa yang kita baca dan tahu ini kepada sahabat2, ahli keluarga dan masyarakat. Ini tnggungjawab kita. Moga Ramadhan kali ini kita lalui dgn berkat dan medapat keredhaan daripada Allah swt.


(Dipetik dari Siri Risalah Suluhan terbitan Darul Quran Was-Sunnah dengan sedikit pindaan)

Sunday, August 24, 2008

Masihkah Diberi Kesempatan ??


Assalamualaikum wbt

InsyaAllah kurang lebih seminggu lagi, Ramadhan ke 23 dlm hidup saya akan bertandang lagi. Berdebar rasanya. Tak pasti samada sy sempat melalui bulan yg penuh keberkatan ini sekali lagi. Moga diberi kesempatan oleh Allah.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman :


"Setiap amal yang dilakukan anak adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas
sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat.
Allah Ta'ala berfirman, 'Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung
membalasnya. la telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya karena-Ku.' Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, yait kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada aroma kesturi.“ (HR. Bukhari Muslim)


Bulan Ramadhan- bulan yg penuh keberkatan, kemuliaan, kebahagiaan.. Berdebar sy menunggu kedatangan Ramadhan. Ramadhan di USM sememangnya sangat istimewa. Seperti terlalu sekejap masalah berlalu bila teringatkan tahun pertama saya di USM ketika menjalankan ibadah ini. Sekarang da tiba tahun yg terakhir- insyaAllah..


Saya pasti akan rindukan suasana buka puasa di sini. Bukan shj krn free =) tapi yg lebih utama kemanisan ukhwah yg sy rasai ketika bergotng royong menghidang makanan, juga sama2 bertungkus-lumus menghabiskan makanan dlm talam. Sangat luar biasa keindahan perasaan itu. Sedih la pulak =(


Sesuai dgn kemuliaan Ramadhan yg dijanjikan Allah swt kepada hambaNya yg ikhlas, marilah kita sama2 manfaatkan peluang keemasan ni. Jadikan Ramdhan kali ini sbg medan untuk kita berhijrah kepada yg lebih baik. Beribadatlah semaksimum yg mungkin dgn hati yg ikhlas, tawadhuk dan penuh pengharapan. InsyaAllah, Allah maha mengetahui apa yg tersirat di hati kita.


Saya jg menyeru pd sahabat2 dan diri saya yg utamanya, elakkan perkara2 lagha yg melalaikan jiwa. Pada yg couple, ambik cuti dulu dr berdating. InsyaAllah, lepas puasa ni, terus tinggalkan aktiviti x sihat ni. Yg tak menutup aurat dgn sempurna, boleh start praktis menutup aurat dgn btol. Jadikan kita mulia dgn melaksanakan tuntutan Islam. Mmg payah sahabat2, saya x nafikan. Tapi USAHALAH, yakinlah yg Allah akan membantu kita.


Sahabat2 yg dikasihi,


Saya masih igt sewaktu di tahun 3. Waktu itu sepuluh malam terakhir Ramadhan. Dengan takdir ALLAH, saya terserempak dengan seorang sahabat yg sedang berdua-duaan dengan pasangannya di meja makan sebuah restoran sewaktu sy dan sahabat2 yg lain keluar mencri makanan sahur. Frankly, terlalu sedih perasaan sy waktu itu.


Betapa kita manusia angkuh pd kemuliaan Ramadhan. Bila kita menyingkap sirah Rasulullah saw, di saat baginda wafat, betapa sedihnya baginda pd mulanya apabila dikhabarkan yg Jibril xkan turun lagi membawa rahmat kepada umatnya. Tapi tersenyum baginda kembali apabila diberitahu Jibril akan turun lagi ke dunia pd malam yg lebih baik dr seribu bulan- lailatul qadar. Tapi, betapa kita jahil dari mnyedari perkara ini, sanggup buat perkara yg Allah x redha ketika dalam masa yg sama seluruh umat Islam di muka bumi sdg menjejaki lailatul qadar !


Hati sy sgt x membenarkn perkara tersebut, tapi apa yg menyedihkan, betapa lemahnya iman sy untuk menunaikan tanggungjawab saya sbg da'i pd waktu itu. Apa yg mampu sy lakukan hanya kaku di kerusi dgn mata yg berkaca. Perkara tersebut sbenarnye menghantui sy sehingga kini. Sy masih igt, raya tahun itu juga seperti ada yg x kena krn peristiwa itu. InsyaAllah, ini jihad kita bersama untuk berusaha menegakkan perintah Allah di bumi ini.


Semoga tulisan ini memberi kesedaran kpd kita semua untuk mula menanam azam melakukan yg terbaik untuk Ramadhan ini. Jgn sampi kita blunted, x rasa apa2.. Ramadhan dirasakan sama spt bulan2 yg lain.. Nauzubillah!!

p/s  Maaf jika ada sahabat2 yg terasa. Saya menegur kerana Allah swt..