Assalamualaikum wbt
Setelah 30 hari lamanya bersama bulan yang sangat istimewa ni, akhirnya Ramadhan meninggalkan kita. Sepanjang bulan ini, kita telah diberi peluang keemasan oleh yang Maha Pencipta untuk beramal semampu, seikhlas mungkin. Supaya dengan amalan yang dilakukan, terampun dosa-dosa yang menghijab hati, semakin akrab juga dengan Allah swt yang Maha Penyayang. Semoga segala amalan berganda dan penghijrahan yang berjaya kita cetuskan di bulan Ramadhan ini dapat diteruskan di 11 bulan yang mendatang, sehingga kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang seterusnya, insyaAllah..
Bagi saya pula, perasaan bercampur-baur. Antara gembira menyambut Syawal dan sebak melepaskan Ramadhan pergi. Terasa seperti ini Ramadhan yang terakhir. Wallahu’alam. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah swt.. Hati saya takut, risau kalau-kalau amalan-amalan saya tidak diterima Allah. Tapi, seperti kata seorang sahabat dalam tazkirahnya yang sangat bermakna, rasa takut perlu disertakan dengan pengharapan. Harap semoga Allah menerima amalan kita.
Syukur sesyukur-syukurnya kepada Allah swt, betapa Dia sayangkan saya, diberi saya pelbagai ujian ketika Ramadhan hampir melabuhkan tirai. Entah mengapa, ujian-ujian ini saya rasakan sungguh manis. Teramat nikmat! Ketenangannya ada di situ. Salah satu bekalan saya dari Ramadhan ini- Jangan sesekali takutkan manusia bila berurusan dengan Allah, tapi gentarlah dengan Allah bila berurusan dengan manusia! Dah lama ungkapan tersebut menjadi pegangan saya, tapi baru kali ini saya benar2 merasakan maknanya yang sebenar. Segala puji bagiMu yang Allah!
Bukak puasa terakhir, kami sekeluarga sempat duduk semeja. Dan ungkapan keramat abah saya berkumandang lagi- “ Ok, abah nak semua bagi tepukan gemuruh untuk umi. Sebab x pernah gagal masak sahur dan berbuka untuk family !!” Walaupun ungkapan itu saban tahun diucapkan, tapi saya tetap sentiasa menantikannya. Saya sangat sukakan suasana itu. Senyuman di 7 bibir yang mengelilingi meja yang most of the time x terisi sangat-sangat saya rindui. Dan sudah pastinya kegembiraan yang luar biasa di wajah umi amat menenangkan. Alhamdulillah.
Selamat tinggal Ramadhan yang mulia dan penuh berkat.. InsyaAllah dengan izinNya kita akan bertemu lagi. Dan saya akan buat dengan lebih baik..InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment