Sunday, August 9, 2009

Apabila Engkau Sanggup..


Apabila engkau sanggup mengekang nafsumu, tahan pada masa semua orang telah ditarik oleh syahwatnya, apabila engkau sendiri masih percaya kepada dirimu, pada masa orang lain telah ragu..

Apabila engkau telah sanggup menghiasi wajahmu dengan kesabaran dan menunggu dengan tenang. Padahal pelbagai tuduhan telah ditimpakan kepada dirimu..

Apabila engkau sanggup mengambil kepastian dengan tidak dipengaruhi oleh angan-angan dan dapat mengendalikan fikiran ..

Apabila engkau sanggup mengatasi hidup, tidak terlonjak gembira bila dia datang, dan tidak terlalu bersedih bila ia pergi. Tidak sukacita tatkala tertawa dan tidak berduka ketika menangis..

Apabila engkau sanggup menahankan pukulan, melihat nasihatmu yang berharga dan keikhlasan hatimu diambil jadi senjata oleh orang-orang yang rendah budi untuk menentang engkau, dan penarik-penarik orang yang lemah..

Apabila engkau sanggup menahan hatimu, melihat pendirian yang engkau perjuangkan dan perubahan yang engkau kehendaki tidak diperhatikan orang..

Apabila engkau sanggup menentukan tujuan dan batasnya tetapi tidak berhasil menujukan yang pertama, lalu tegak lagi dan engkau mulai pula dengan tidak mengeluh..

Apabila engkau sanggup menetapkan hatimu dan menguatkan perasaanmu, bila bertemu dengan pelbagai kesulitan.

Apabila engkau sanggup mendorongkan hatimu ke muka dalam perjuangan hidupmu, dan menghadapi dunia, baik pada waktu manis atau pahit dengan tetap memelihara keutamaan dirimu pada waktu yang mana juapun dan engkau sanggup masuk ke majlis raja-raja dengan pakaian orang biasa…

Apabila benci musuhmu dan saying temanmu tidak lagi dipengaruhi tegakmu yang adil..

Apabila engkau sanggup mengambil hikmah daripada pergiliran zaman, dan mengambil manfaat daripada penggantian hidup dan semuanya dapat kau kuasai, dan bukannya engkau yang dikuasainya..

Apabila engkau telah sanggup menghadapi semuanya itu, makalah engkau seorang pahlawan dan engkaulah yang berhak mempusakai dunia seisinya serta engkaulah sebenar-benar lelaki, hati anakku…

Prof Dr Hamka, Peribadi, halaman 81-83

Sunday, August 2, 2009

Abah Dan 52

Assalamualaikum warahmatullah

Saya mencari2 perkataan yg sesuai sebenarnya.. Hajat di hati, nak hasilkan entry khas sempena hari lahir abah yg ke-52. Tapi entahlah, tak tahu nak start dari mana..
Saya ingat lagi pada tengahari 29/7 yang lalu, umi call waktu saya sedang semi conscious kerana post-call..

“ Ja, ingat dok birthday abah hari ni??”

“ Subhanallah…macm mana bleh lupa niii,” sambil menepuk dahi.. kecewa sbenarnya pd
diri.

Umi saya hanya ketawa.


“ Ja sore jah tak wish lagi. K eli first, pastu adik, abe, n k aini.. Xpo, abah kato sebab doktor sibuk, jd dimaafkan..” Sedih pulak sy dengar.. Terbayang2 watak ‘adik’ dalam cerita pendek ‘Surat Seorang Ibu’ yang pernah sy paparkan tak lama dulu.
Nauzubillah…

Malam tu, saya call abah. Seperti biasa abah hy ketawa..

Frankly, tiada kata yg dapat mentafsirkan betapa besarnya pengorbanan abah pada kami semua. Memang tak ada..

Ketahuilah abah, ja akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak, bahawa abah seorang ayah yang baik. Terima kasih atas malam2 yang abah luangkan untuk berdoa di hadapan Allah waktu Ja susah.. Terima kasih atas kasih sayang yg tak pernah putus2 dan tiada batasan selama ini. Terima kasih juga sebab tak pernah gagal bank in duit waktu Ja tgh kering..oppsss..

Semoga hidup dan mati abah diberkati Allah saw.. Moga abah berbahagia di dunia dan di akhirat..Ameennn

Perlunya Ada Sabar


Assalamualaikum warahmatullah

Pernah saya bertanya pada sorang senior HO ketika minggu pertama sy di sini,

“ Akak, jadi HO ni selalu kena marah x? “ tersengih senior tu bila dengar soalan saya

“ Ja, bukan kena marah je, maki, caci dan segala bagai.. kalo salah kita xpela, yang bukan salah kita pun berlambak. Sampai da naik tuli telinga..lama2, da takde perasaan. Kne marah pun rasa biasa je,”

Ternganga juga saya sekejap. Macam tu ke? Semakin merudum semangat saya yang dah memang low ni. Hari2 saya lalui dengan palpitation. Lama2, da semakin adapt dgn hidup seorg HO ni.. Bukan saje specialist dan MO, nurse pon boleh marah2 HO..hehe, lawak la pulak. Tapi bukan sume, ramai je yang baik2..


Pernah juga seorang sahabat HO berkata pd saya,

“ Ja, mu kena la wat garang sket. Dengan nurse ke, patient ke..ni berlembut sgt, lama2 kne buli..”

Entahlah, bukan saya berlembut sangat, tapi malas nak berkira sebenarnya. Maybe certain things kene tegas, tapi bukanla selalu. Saya seboleh2nya nak elak dari cetuskan satu environment kerja yg tidak selesa. Sebab bagi saya, kerja ward yang bertimbun ni akan jadi smooth jika sume pihak main peranan masing2. Yang doctor terlepas pandang, nurse akan ingatkan, begitu juga sebaliknya. Lagipun, bukan ke Rasulullah saw mengajar kita spy berlembut sesama manusia??

Sebenarnya, posting orthopedic yg sedang saya lalui sekarang adalah posting yg paling relaks dan free sebenarnya. Mungkin oncall yg agak havoc sebab terpaksa berlari dari ward ke a&e sepanjang malam. Tapi alhamdulillah, saya seharusnya banyak bersyukur jika nak dibandingkan dengan sahabat2 dari posting2 yang lain. Terpaksa berdepan dgn ragam manusia yg pelbagai. Sampai nak fikir lojik akal pun, payah nak terima wujud lagi manusia sebegitu..

Tapi, bila fikir balik, kita sebagai yang mengaku hamba Allah, sepatutnya xde kegusaran di hati bila berhadapan dgn orang yg sebegitu. Betapa besar pangkatnya sekalipun di dunia, dia tetap hamba Allah. Tetap sama seperti kita. Yang membezakan hanyalah TAQWA pada Allah. Kalau rs diri dizalimi, ingatlah bahawa hari pengadilan tu pasti tiba.. Di mana nasib kita akan terbela di hadapan Allah, jika kita berada di pihak yang benar.. So, buat apa nak takut??

Bekalan paling penting yang perlu ada- SABAR.

“Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),

“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153)

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10)

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Betapa banyak yang Allah janjikan dalam al-Quran kepada mereka yang sabar. Tapi, pastinya bukan mudah nak dapatkan sifat ni. Bukannya ia sentiasa bermastautin dalam hati kita. Ada pasang surutnya. Kekadang ada, kekadang hilang.. Kitalah kena usaha sungguh2. Usaha untuk SABAR! Baru semakin nikmat rasanya IMAN..

So, conclusionnya, hidup mesti terus.. Segala macam yang dihadirkn Allah kepada kita, anggaplah sebagai ujian penyeri kpd hidup, sementara nak tunggu mata ni tertutup buat selama2nya...Orang Islam Mesti Kuat!!!!!

Saturday, August 1, 2009

Lari Setempat!!


1 Ogos 2009, Sabtu, 10.24pm- Asrama jururawat HTAA kuantan

Assalamualaikum warahmatullah,

Segala puji bagi Alllah, yang Maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha Mengasihani, kerana dgn kasih sayang dan belas kasihanNya, saya masih hidup, masih berpeluang menikmati kemanisan Iman dan Islam..Alhamdulillah

Susah sebenarnya nak memeriahkan balik blog yg dah bersawang ni dgn posting2 baru. Bukanlah kekangan masa yang jadi penghalang, tapi masalah dalam diri.. Banyak sebenarnya nak dikongsi bersama sahabat2, tapi entahlah, tak jugak tergerak hati untuk menulis. Sejujurnya, saya merasakan diri ni sangat hipokrit. Meluncur laju saja kata2 nasihat dan motivasi dlm artikel2 saya utk dikongsi bersama sahabat2, tapi hakikatnya, kondisi diri saya sgt mengecewakan.

Orang Islam Mesti Kuat!!! Itulah MOTO hidup saya. Tapi sejujurnya, saya seorg yg sangat lemah. Sebulan yg berlalu, most of the time, saya takut nak bangun pagi dan jalani hari seperti doktor2 yg lain.. Sgt bertentangan dgn tuntutan Allah supaya kita bersyukur setiap kali nafas ni masih menjadi milik kita selepas bangun dari tidur. Malunyaaaa……

NAK LARI BOLEH TAK???

Mulut ni asyik2 mengeluh;

“Sronoknya kalau ada sayap. Boleh lari ke mana saja yang saya suka. Ke mana saja, but not here..”

“ Bestnya kalau jadi cikgu..Gaji lebih kurang je, kerja tak stress, cuti pun banyak…”

“ Ruginya tak pilih dentistry dulu.. Kalau tak, mesti lena je tidur, tak payah onkol..”

“ Alangkah bahagianya kalau dok umah je. Tunggu org pinang, boleh jg suami n anak2..”

Asyik2 kalau, kalau dan kalau menemani hari2 saya.. Astaghfirullah..

Akhirnya, saya beri kata dua pada diri. “STOP IT!!” or “habislaaa akuuu”.. dan alhamdulillah, saya memilih “STOP IT!!!!!!!”

LARI SETEMPAT!!

Hakikatnya, sampai mati pun masalah takkan selesai if diri tak habis2 mengeluh.. Selagi bibir tak berhenti ‘ ber-kalau-kalau’, selagi tu tanda ‘tak bersyukur’ tercop di dahi. And the truth is, LARI DARI MASALAH ADALAH UNTUK MENGEJAR MASALAH!!

“ Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu: dan akan Kami uji perihal kamu,” Surah Muhammad, ayat 31

So, solutionnya, nak lari boleh, tapi lari setempat.. Sebab tak mungkin sy dapat lari dari kehidupan ni. Ya, saya menerima stage kemurungan yg saya alami sebulan pertama yg lalu sebagai stage hidup yang agak biasa untuk seorang yg baru bergelar HO.. Tapi saya mohon dengan sangat kepada Allah, ia berlalu dan tak datang2 lagi.. Saya benci diri saya yg begitu. Yang taknak menerima takdir yg sebegini cantik yang
dikurniakan pada saya..

Jika di medical school, banyak yg saya sanggup hadapi, mengorbankan banyak perkara dlm hidup semata2 kerana ini, hingga merantau ke ceruk kuantan, tapi, once da ada dlm genggaman, banyak pulak alasan.. Moga Allah ampunkan saya..

So sahabat2, tak kira la yang seangkatan or adik2, jom live our life sebaiknya.. Kalau rs susah sangat, mintakla sungguh2 dgn Allah. Takde siapa yang mampu ubah apa2 melainkan Dia kan? We know that, but we forgot it most of the time, especially me.. Bersangka baik dengan Allah. Takdak kelemahan langsung dlm perancanganNya. Hidup yg sekejap ni, jgn disia2kan dengan sangkaan buruk pada Allah.. Sabar tu indah..Tup tup, malam ni tidur terakhir kita sebelum tidur yg selama2nya… So kalo nak lari tu, LARI SETEMPAT!!!

Friday, May 15, 2009

Semoga Thabat


Ada orang..
dulu hidup penuh jahiliyyah, bila tersedar terus ligat sana sini ingin berdakwah.
bukan apa, bukti syukur dan sayang ummat.

Ada orang..
sayang dakwah tapi masih cintakan jahiliyyah
bukan apa, kene tadarruj
tapi mujur amal dakwi masih meneguhkan dia disini.

Ada orang..
sedap memberi ceramah
liqa’nya menarik dan menolak
bukan apa, banyak ilmu ditimba dan luas pengalaman di medan
tapi sayang, ghurur dan ujub menguasai diri,
takut-takut nanti tergelincir di tengah jalan.
Ada orang..
di mana dauroh di situ mukanya
di mana mukhayyam di situl dia
di mana mabit disitu tidurnya
kemana sahaja pasti ada dia
tidak perlukan dia pun masih ada dia
bukan apa, sayang sangat pada tarbiyyah
tapi sayang di medan longlai dan lesu
ke sana kemari hanya kerana suka
juga kerana semangat berpersatuan.

Ada orang..
dulu ligat
kereta hijau di belasah sekuat mungkin
bilik-bilik kosong digegarkan dengan liqo’
surau-surau menjadi saksi pertemuan kasih
tapi sayang
segalanya hanya sejarah
tapi mengapa?

Ada orang..

Ada orang..

Ada orang..

Jangan lupa kita juga orang..

Jangan lupa hidayah bukan milik orang..

Tentunya Allahlah yang memilih orang..

Adakah kita layak?

Untuk dipilih dan terus dipilih.

Satu langkah ke arah mungkar, akan ditambah beberapa langkah lagi.

Bila berpaling ke belakang sudah jauh berjalan rupanya.

Tapi tika dan saat itu, takut sudah letih berjalan untuk berpatah balik.

Jadi AWASI syaiton sekeliling!

Gigit kuat-kuat hidayah ini..
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

(7:175)

Andai kau buka pakaian tarbiyyah ini

Syaiton menerkam memeluk kau erat!

Siapa rugi?
إِلَّا تَنفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(9:39)

Tak pa
pergilah jauh-jauh
seandainya hidup dunia itu ko pilih
pastinya dakwah ini ada penggantinya.

Jika bukan kita

Orang lain..

Coretan ; Almuhandisi

Wednesday, May 6, 2009

Sayang Yang Sangat Dan Sangat

Assalamualaikum warahmatullah

Sahabat. Perkataan yang mudah disebut, tapi amat besar maknanya. Sahabat. Meruntun jiwa saya merindui mereka ketika ini. Sejak di tahun 2 lagi, bila mana saya mula merasai betapa manis, indahnya ukhuwwah kerana Allah, terbayang2 di fikiran bagaimanakah keadaannya bila kami akan berpisah di akhir tahun 5 nanti. Tapi waktu itu just biarkan perasaan tu berlalu. Lambat lagi, pujuk hati saya.

Dan kini, semuanya dah tiba. Baru seminggu saya di rumah, rindu seperti bertahun tak jumpa. Kekadang rasa lawak jgk. Emotional rupanya saya. Jiwang pun ada. Tapi inilah saya. It’s ok to be fragile for thing like this.


Sabda baginda Rasulullah saw: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Yup my beloved friends, saya sayangkan kalian semua kerana Allah swt. Terlalu banyak kita lalui bersama.. Mungkin kita agak weird di kalangan yang lain. Cara, imej dan perwatakan..tapi inilah kita. Dan kita bahagia dengan diri kita seadanya

Segala puji kepada Allah, memilih saya untuk dikurniakan sahabat2 luar biasa seperti mereka. Mereka hadir di saat saya mencari diri. Mereka membuatkan saya ingin mengenali Allah dan Rasulullah dengan jalan yang sebenarnya. Apa yang lebih manis dari persahabatan yang berlandaskan tujuan ini?

Waktu perlukan peringatan, just perlu taip “ Bagi aku tazkirah”, nasihat dan kata2 semangat akan mengiringi selepas itu. Subhanallah, betapa indahnya persahabatan kita!

Maafkan saya sahabat, jika kelemahan diri ini menyusahkan kalian, pernah menyebabkan kalian berjauh hati. Sesungguhnya tak terlintas walau sebezar zarah di hati untuk melukakan hati kalian. Sedih kalian, sedih jugalah saya. Kalo gembira kalian, tumpang sekakilah saya tersenyum!

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatu-padukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Anfal: 63).

Sememangnya ikatan hati yang terjalin antara kita tak ternilai harganya. Kalo persahabatan ini ada tanda harga, for sure saya takkan mampu membelinya sampai bila2. Moga kita jumpa lagi.. supaya kita boleh lagi duduk bersama, ketawa dan bermesra..menganyam impian untuk melihat firman Allah dan sunnah RasulNya tertegak di bumi ini. Dan yang pastinya ia bukan angan2 kosong..Orang Islam Mesti Kuat!!!!

Friday, April 24, 2009

Lima Tahun Yang...


“Sesungguhnya jika (kamu) bersyukur pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU) maka sesungguhnya azab-KU akan sangat pedih".
Surah Ibrahim, ayat 7

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran saya panjatkan kepada Allah, Tuhan sekalian alam di atas segala nikmat yg telah dikurniakan kepada saya. Ketika nama saya disebut Prof Aziz Baba tengah hari tadi di DK2, tiada apa yg mampu sy rasa selain kesyukuran yang tak putus2 untuk Allah. Sungguh Dia Maha Penyayang..


Sewaktu struggle dlm study week beberapa minggu lepas, saya terbayang2 bagaimana rasanya kalo dah habis exam. Kemudian terbayang2 pula bagaimana pula rasanya setelah dapat result, lebih spesifik, setelah nama saya disebut di DK2 pd 23 April. Bila semua yg sy bayang2kan dah tiba,’ Ooo..beginilah rasanya..” Payahlah pulak nak describe. Yang dah melalui akan tahu, yang belum sampai masanya, insyaAllah akan tiba juga waktu dan ketikanya. Jika panjang umur…

Exam..what can I say.. ‘TRAUMA’ yg saya alami terutamanya ketika short case & long case sgt mengesan di hati saya. Waktu tu rasa sangat lemah. Tapi alhamdulillah, seperti berbisik di telinga- “ Yakin dengan Allah, yakin sungguh2 dengan Allah. Rayu, menangis pada Allah dengan penuh tawadhuk dan pengharapan. Allah Maha Penyayang.. siapa lagi yg Maha Tahu sedih, pilu hati kita selain Allah swt? Dan sungguh, Allah itu Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

Tiga hari lepas, saya dan umi sempat ke rumah Mak Ngah. Terkejut dia bila dapat tahu yg sudah lima tahun di medical school. “ Bakpo cepat sangat habis kak Ja?” CEPAT?? Dalam hati saya- “InsyaAllah da habis,”

Bila dipikirkan balik, macam baru saja saya beratur di dewan nurani utk mendaftar sbg pelajar perubatan thn 1 di USMKK. Tup tup, beberapa hari lagi sy akan meninggalkan USMKK. Memang tak saya nafikan, cepat sangat masa berlalu. Yang pasti, terlalu banyak, sangat2 banyak hidup saya berubah di sini. Hidup di sini banyak mengajar saya erti persahabatan, kesabaran dan betapa pentingnya keyakinan yang kuat pada Allah. Hijrah saya juga bertitik tolak di sini..Alhamdulillah

Palpitation sy bila adik2 dan sahabat2 memanggil saya ’Dr Ja’. Yup, memang susah nak mencapai that title, tapi pengisian kepada title itu berkali ganda susahnya. Hidup yang lebih mencabar menanti saya. Tetapi saya yakin, jika mulakan langkah dengan niat yang 100% keranaNya, segalanya akan jadi mudah. Semua kepayahan yg bakal dialami, jika dipandang sebagai simbol kasih sayang Allah, segalanya akan jadi indah dan mudah. InsyaAllah...

Kepada sahabat2 yg masih tidak dibenarkan Allah utk lulus, bersabarlah. Yakinlah bahawa Allah Maha Teliti dlm perencanaanNya. Utk adik2 yg sangat saya sayangi dan hormati, selamat berjuang!! Doa saya sentiasa bersama kalian. Ramai yg pelik bila pilihan hospital utk housemenship saya langsung tiada yang di Kelantan. Bukan tak suka kelantan, tapi sy harus keluar. Ada kenangan yg harus saya detach dan tinggalkan..InsyaAllah. Orang Islam Mesti KUAT!!!