Monday, February 2, 2009

Jom Bekerja!!


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..dengan izin Allah swt, saya baru saja pulang dari menyertai program kebajikan di Bagan Hailam, Pelabuhan Klang. Ini program terakhir mungkin untuk saya bersama dgn sahabat2 yg sangat saya sayangi. Sangat special program kali ini. Semestinya, setiap program yg sy sertai ada keistimewaannya tersendiri. Begitu juga dengan kali ini..

Bila difikirkan diri saya yang sebelum mengenali program2 kemanusiaan sebegini, sangat berbeza sekali. Study, family dan diri….hanya itu yg jadi keutamaan saya saban hari. Apa yg berlaku sekeliling saya kurang peka, kurang ambil kisah.

Segala-galanya berubah apabila saya dan sahabat2 yg lain ke Aceh untuk program elektif di akhir tahun 2. Berkenalan dengan sahabat2 dari Unsyiah, menyelami azam, matlamat dan usaha mereka terhadap kebaikan ummah, menjadikan kami tertanya2, apakah yang telah dilakukan kepada ummah?? Jika mereka yang serba kekurangan masih begitu tekad untuk menyumbang sesuatu untuk Islam, kenapa saya yang serba cukup ini masih tak sedar? Kedekut untuk menyumbang masa walau untuk berfikir sekalipun untuk memajukan ummah, apatah lagi ,menyumbangkan tenaga. Malu sebenarnya pada diri.


Alhamdulillah, Allah memilih kami untuk bekerja. Bertitik tolak dari itu, saya mula mengenal program2 kebajikan. Mula mencari ruang2 yang boleh untuk keringat dan tenaga ini dicurahkan sambil mengharap redha Allah. Bersyukur tak terhingga saya kepada Allah swt kerana dikurniakan sahabat2 yg juga sangat tinggi azamnya untuk menyumbang. Semakin mudah, ringan dirasakan beban di bahu dengan kehadiran mereka yang pastinya lebih hebat dari saya dalam segala segi.

Tiga tahun yg berbaki, empat kali sy terlibat dalam program2 sebegini; 2 di perkampungan orang asli, 2 di pelabuhan klang. Semestinya, jalan yang kami lalui bukan mudah. Tapi sy yakin dengan kata2 prof zabidi sebelum ke Aceh – “ Ikhlaskan niat segalanya kerana Allah swt, nescaya pertolongan Allah akan datang dari arah yang tak disangka2” Dan itulah yang selalu berlaku. Dan apabila ia berlaku, kami sentiasa mengingatkan sesama diri, agar rasa syukur tak putus2 lahir dari hati kami. Agar kami sentiasa yakin yang segalanya tak mungkin terjadi tanpa izin dan pertolongan Allah. Subhanallah..betapa indahnya ukhuwwah fillah!

Rasa sedih sebenarnya saya bila terfikirkan yang saya akan meninggalkan USMKK tak lama lagi, insyaAllah.. Untuk program kali ini, walaupun hanya 2 bulan sebelum Pro, hati saya meronta2 untuk pergi. Bukan saya tak risau akan study, tapi saya perlukan kekuatan, bekalan buat hati yang agak goyah kebelakangan ini. Dan alhamdulillah, banyak bekalan yg saya bawa pulang. Bekalan yang membuatkan saya lebih bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam yg sangat berharga! Dan saya pasti merindui senaman Demi Matahari (hanya yang melalui akan tahu! =p )

Untuk adik2 yang saya sayangi, teruskan usaha kalian! Jangan pandang belakang lagi.. Masa yang ada, menyumbang semaksimum dan seikhlas mungkin. Cara kita mungkin berbeza, tapi insyaAllah matlamat kita tetap sama. “ Perjuangan ini pahit, tapi buahnya manis” Itu pesan seorang sahabat. InsyaAllah kita semua akan dapat menuai hasilnya di akhirat kelak. Dianugerahkan bukan oleh Sultan, Canselor atau Perdana Menteri, tetapi oleh Yang Maha Berkuasa ke atas langit dan bumi. Betapa agungnya anugerah itu!!! Jom bekerja!!

No comments: