Monday, January 19, 2009

Panjangkan Doa, Banyakkan Menangis



Assalamualaikum wbt

Pernah tak sahabat2 rasa semakin jauh dengan Allah? Seperti Allah jauh meninggalkan kita.. Terasa sunyi yang teramat jauh di lubuk hati walaupun kita berada di tengah2 hiruk pikuk zaman.. Connection seakan semakin pudar antara kita dengan Allah walaupun lima kali sehari semalam kita menyembah Dia yang Maha Esa. Pernah tak sahabat2 rasa begitu??

Sebelum semakin jauh hati kita menduga itu dan ini, let us take a break! Duduk di tempat paling selesa utk berfikir, dan muhasabah diri sejujur-jujurnya. Sebenarnya, Allah tak pernah jauh dari kita. Kita yang meninggalkan Allah. Pabila senang, kita menelusuri hari2 tanpa peduli sama ada kita berada dlm lingkungan redha Allah atau tidak. Mengatur hidup seolah2 setiap degupan jantung ini totally milik kita. Bila diberi peringatan, insaf sekejap, tapi selalunya tak lama, dek kerana betapa selesanya keadaan diri sekarang.. Aduhai..begitula lekanya hati..

Namun begitu, bila mana kita ditimpa musibah, ujian atau perkara yg tidak menyelesakan diri, mulalah kita mencari di mana Allah. Sikap dan akhlak sebeginilah sebenarnya yang menjadikan manusia hilang pedoman bila diuji, terasa seakan2 terpencil dan menganggap hidup ini sudah tak berguna lagi.. Inikah cirri orang mukmin?

Sahabat2 yang saya sayangi…

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”
Surah al-Baqarah, ayat 186

Ini bukan kata-kata mana2 mufti, ustaz atau pemimpin negara, ini ada kata2 yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Kata2 ini juga merupakan janji yg pastinya takkan dilanggar oleh Allah swt.

Benar para sahabat, Allah swt amat sudi mendengar rintihan kita. Bila rasa sedih, tak berdaya dan dizalimi, siapa lagi yg lebih memahami kesedihan dan setiap titis air mata yg gugur melainkan Dia?? Tapi, most of the time, kita lebih utamakan ceritakan masalah pd manusia berbanding dengan Allah. Benar, nasihat dan bimbingan manusia perlu, tapi yang peliknya, mengadu kepada Allah diletakkan entah di nombor berapa jika dibandingkan mengadu pada manusia. Ingatlah, sekecil zarah masalah sekalipun takkan mampu selesai tanpa izin Allah swt.

Tulisan ini saya tujukan untuk diri saya khususnya. Lately, semakin berat rasa bebanan ujian Allah. Tapi saya yakin dengan janji Allah, saya mampu untuk hadapi ujian ini. Saya sukakan diri ini bila ditimpa ujian Allah. Hampir sepanjang masa saya rasai kehadiran Allah. Dan hanya dia Maha Memahami hati saya. Alhamdulillah... Tapi saya risau, bila mana keadaan senang kembali, perasaan indah ini semakin kelam, hanya tinggal sisa2. Saya tak sanggup hidup tanpa kasih sayang Allah! Semoga diri ini dalam ujian Allah bila mana ditakdirkan nafas terakhir menginggalkan tubuh.. kerana waktu itulah saya rasa teramat akrab dengan Allah swt. Ameen...

No comments: