Sunday, September 27, 2009

Soal Kasih dan Sayang




Assalamualaikum warahmatullah

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menamatkan Ramadhan tahun ini. Semoga setiap amalan yg kita lakukan sepanjang Ramadhan lalu diterima Allah swt. Mungkinkah bertemu lagi untuk tahun depan?? Wallahu’alam..

Syukur juga pada Allah swt, majlis kesyukuran sempena perkahwinan kakak saya (kak elly) selamat dijalankan pada 3 Syawal yang lalu. Segala puji bagi Allah atas segala kemudahan urusan kami pada majlis tersebut. Cuaca juga sangat membahagiakan, seolah2 menandakan restu dan keberkatan Allah bersama kami, ameen..


Before this, ketika menghadiri majlis akad nikah para sepupu, perasaan saya biasa2 saja. Tapi pada tengah hari 3 Syawal yang lalu, agak sebak sikit ketika abang ipar saya melafazkan ucapan keramat tu.. Mungkin kerana kak elly dah terpaksa dikongsi. Huhu

“ Ikatan perkahwinan ni bukan sebarang ikatan.. Bukan main2. Bukan semuanya cantik dan indah.. Bila kita dah terikat dengan ikatan ni, bermakna kita dah bersedia untuk terima seorang insan lain dalam hidup kita. Terima baik dan buruk dia tanpa mengeluh.. Kalau kita nakkan pasangan yang sempurna, kita akan nampak ketidaksempurnaan pasangan kita lepas kahwin. Kalau nak pasangan yg hensem, kita akan nampak kehodohan dia. Jadi, kena terima dan redha atas segalanya. Kalau salah sama2 baiki.. sebab kita manusia ni takkan sempurna..”

Itu nasihat umi saya yang sebenarnya dah acapkali menjamah telinga. Tapi semakin kerap sejak majlis kak elly dah dekat before this..

Dalam usrah saya sewaktu di kampus dulu pernah membangkitkan isu ini. Kita sebagai muslimat, frankly, sarat dengan perancangan ttg masa depan. Nak keluarga muslim yang bahagia, anak2 soleh solehah dan sebagainya.. Tapi on top of all, suami kita bagaimana orangnya?? Untuk capai segala bagai impian indah ttg our future family, we need the right person to be the one yg bimbing the family members. Bukan mudah nak jumpa muslimin begitu sekarang..( jgn marah ye muslimin..) Kadang risau juga, demand sangat ke kita? Diri pun banyak cacat cela..

Tapi buat masa sekarang.. saya putuskan utk meletakkan perkara ni antara list yg paling belakang dlm hidup.. Kasih sayang Allah, umi, abah, siblings, sahabat2 dan para patients pun da cukup buat saya buat masa ni. Frankly, agak complicated dan terganggu bila pikirkan soal sebegini.. InsyaAllah, jika Allah takdirkan hati ni terbuka suatu hari nanti.. Or mungkin ajal menjemput saya dulu? So…Orang Islam Mesti KUAT!! Selamat hari raya!!!

2 comments:

saffmukmin said...

selamat hari rayo..

pecinta_Islam said...

mudah2nya cpt mendapat anak seudara
:)